Program Jiwa @ Komuniti sasar pemerkasaan tahap celik digital, patriotisme belia Mukah

MUKAH – Usaha menyemai semangat kenegaraan serta meningkatkan tahap celik digital dalam kalangan generasi muda terus diperkasa menerusi penganjuran Program Jiwa @ Komuniti sempena bulan kebangsaan.

Program yang menghimpunkan lebih 100 peserta pada Khamis itu merupakan inisiatif anjuran Jabatan Penerangan Malaysia (JAPEN) Mukah dengan usahasama Sarawak Skills Mukah.

Pegawai Penerangan Daerah Mukah, Khalid Aini menekankan bahawa penghayatan terhadap simbol kedaulatan negara perlu sentiasa dipupuk, khususnya menerusi sokongan padu terhadap kempen “1 Rumah 1 Jalur Gemilang”.

“Penglibatan warga Sarawak Skills Mukah dalam aktiviti kenegaraan amat penting bagi menyemai nilai patriotisme dalam sanubari generasi muda,” katanya.

Selain penekanan terhadap elemen kenegaraan, program berkenaan turut memfokuskan kepada pemerkasaan literasi digital para peserta. 

Pendedahan khusus diberikan berhubung penggunaan aplikasi MCMC Nexus untuk penyaluran aduan telekomunikasi, serta aplikasi eCOSS bagi tujuan pemantauan pembelian minyak masak paket bersubsidi.

Bagi menangani kebimbangan berhubung ancaman siber masa kini, pihak Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Mukah turut mengambil inisiatif mengadakan Taklimat Keselamatan dan Jenayah Komersial. 

Taklimat tersebut mendedahkan pelbagai taktik penipuan dalam talian yang semakin berleluasa seperti tawaran pekerjaan palsu dan sindiket keldai akaun.

Pendedahan langkah pencegahan jenayah tersebut disifatkan amat bertepatan dengan situasi semasa memandangkan daerah Mukah telah merekodkan sebanyak 108 kes jenayah komersial yang melibatkan jumlah kerugian mencecah RM1.4 juta.

Majlis tersebut diserikan dengan acara simbolik penyerahan Jalur Gemilang kepada agensi yang terlibat. 

Turut hadir dalam menjayakan program berkenaan ialah Ketua Polis Daerah Mukah, DSP Muhamad Rizal Alias dan Pemangku Pengurus Sarawak Skills Mukah, Emayuhaida Deris.

Related Posts

56 tindakan penguatkuasaan direkodkan dalam Ops Bersepadu LPKP Sandakan

SANDAKAN – Sebanyak 56 tindakan penguatkuasaan direkodkan dalam Operasi Bersepadu Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) Sabah Cawangan Sandakan bersama agensi penguat kuasa lain di Terminal Bas Berhenti-Henti Daerah Sandakan, pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca
23 usahawan Sabah terima Geran SME-UP RM230,000

KOTA KINABALU – Seramai 23 usahawan tempatan Sabah menerima Geran SME-UP berjumlah RM230,000 bagi memperkukuh pembungkusan dan pelabelan produk, sekali gus meningkatkan kualiti serta daya saing produk mereka di pasaran.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Penjaja buah, makanan Jalan Apas diarah berpindah

  • By Fatin
  • September 10, 2026
Penjaja buah, makanan Jalan Apas diarah berpindah

56 tindakan penguatkuasaan direkodkan dalam Ops Bersepadu LPKP Sandakan

  • By Fandi
  • September 10, 2026
56 tindakan penguatkuasaan direkodkan dalam Ops Bersepadu LPKP Sandakan

23 usahawan Sabah terima Geran SME-UP RM230,000

23 usahawan Sabah terima Geran SME-UP RM230,000

Inisiatif FELDA beri kuasa kepada Pengarah Wilayah sangat tepat

Inisiatif FELDA beri kuasa kepada Pengarah Wilayah sangat tepat

Sektor kesihatan perlu dilihat sebagai strategi ekonomi

Sektor kesihatan perlu dilihat sebagai strategi ekonomi

Isu kesihatan mental perlu dipandang serius sebelum tangisan bertukar tragedi

Isu kesihatan mental perlu dipandang serius sebelum tangisan bertukar tragedi