Nahas helikopter KKM: Jenazah Dr Ainul dibawa ke Kelantan esok

KOTA BHARU – Jenazah Dr Ainul Baraah Kamarudin, 33, yang maut dalam nahas helikopter Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di Marudi, Sarawak, dijangka dibawa pulang ke Kelantan untuk dikebumikan esok.

Jenazah Allahyarham dijangka disolatkan di Masjid Karomah, Kampung Baung sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sri Kedeper, di sini.

Ahli keluarga terdekat suaminya, Mohd Aidi Amin Ghani, 53, berkata, proses pengurusan jenazah masih dilakukan di Sarawak termasuk pengumpulan sampel asid deoksiribonukleik (DNA) bagi tujuan pengecaman.

“Insya-Allah jenazah akan tiba di Kelantan esok. Sekarang masih urusan sampel DNA kerana jenazah kelima-lima mangsa dikatakan bercampur.

“Difahamkan Mufti Sarawak, Datu Khalidi Ibrahim akan hadir untuk beberapa urusan berkaitan jenazah di Kuching,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Sementara itu, keluarga Dr Ainul Baraah yang dilaporkan maut dalam nahas itu kini menunggu proses pengumpulan dan pengecaman barangan peribadi milik mangsa di Hospital Miri.

Proses berkenaan melibatkan ahli keluarga terdekat termasuk bapa mangsa, Kamarudin Salleh, 69, dan Rogayah Mohd Noor, 69.

Kedua-dua ibu bapa Dr Ainul Baraah tiba di Miri kira-kira 1 tengah hari semalam dan ditempatkan di sebuah hotel sementara menunggu proses pengecaman.

“Kami dimaklumkan ahli keluarga yang pergi ke sana akan melakukan pengecaman terhadap barangan yang dipakai Ainul Baraah ketika kejadian seperti pakaian, barangan kemas atau jam tangan miliknya di Hospital Miri,” katanya.

Foto: Kosmo

Related Posts

Sasaran SG4 RM723.75 bilion perlu disusuli pelan yang boleh diuji

SASARAN Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) gabungan empat negeri SG4 sebanyak RM723.75 bilion menjelang 2050 membawa gambaran besar tentang potensi ekonomi Kedah, Kelantan, Terengganu dan Perlis. Namun, angka itu ialah…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Khidmat RORO Kuantan-Kuching hanya 43 jam

KUANTAN – Perkhidmatan kapal roll-on/roll-off (RORO) yang menghubungkan Pelabuhan Kuantan ke Kuching, Sarawak menjadi alternatif logistik baharu yang lebih cekap apabila tempoh pelayaran hanya mengambil masa satu hari 19 jam.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sasaran SG4 RM723.75 bilion perlu disusuli pelan yang boleh diuji

Sasaran SG4 RM723.75 bilion perlu disusuli pelan yang boleh diuji

Lahirkan PM Islam pertama di Malaysia: Akaun pro Pas teruk dikecam

Lahirkan PM Islam pertama di Malaysia: Akaun pro Pas teruk dikecam

Bersatu bakal dikenakan tindakan tatatertib – Takiyuddin

Bersatu bakal dikenakan tindakan tatatertib – Takiyuddin

Bukan ‘pancing undi’, semua pemandu teksi sah dapat RM1,000 – Anthony

  • By Aden
  • October 26, 2026
Bukan ‘pancing undi’, semua pemandu teksi sah dapat RM1,000 – Anthony

Dabra Sia mahu ketengahkan identiti Sabah dalam industri muzik tanah air

  • By Ezmie
  • October 26, 2026
Dabra Sia mahu ketengahkan identiti Sabah dalam industri muzik tanah air

Penangguhan haji turun 18 peratus selepas syarat simpanan minimum RM15,000 dikurangkan

Penangguhan haji turun 18 peratus selepas syarat simpanan minimum RM15,000 dikurangkan