Majlis kesyukuran rentas agama serlah keunikan sambutan Hari Malaysia 2026

KUCHING – Sambutan Hari Malaysia 2026 peringkat kebangsaan di Sarawak melakar kelainan tersendiri pada tahun ini apabila julung kalinya menyelitkan pengisian majlis kesyukuran rentas agama.  

Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan UKAS), Datuk Abdullah Saidol menyifatkan pendekatan inklusif tersebut sebagai satu keunikan yang menterjemahkan nilai keharmonian dan tidak pernah dilakukan pada sambutan sebelum ini.  

Menurut beliau, satu majlis kesyukuran bagi penganut agama Islam dijadualkan berlangsung pada 14 September, manakala Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR) pula akan menganjurkan majlis kesyukuran khusus untuk penganut agama lain di Hotel Pullman.  

“Kita telah menyatakan kepada menteri yang berkaitan bahawa kita ingin memasukkan pengisian kesyukuran untuk agama-agama lain kerana itu satu perkara yang unik di Sarawak,” katanya. 

Beliau berkata demikian ketika ditemui semasa sesi Pratonton Pameran Hari Malaysia 2026 di Plaza Merdeka pada Khamis.  

Selain penekanan terhadap program kerohanian, sebaran maklumat mengenai sejarah pembentukan negara turut diperluas bagi memastikan kelibat sambutan dirasai secara menyeluruh. 

Bagi merealisasikan hasrat itu, Pameran Mini Sambutan Perayaan Hari Malaysia digerakkan serentak di 10 bahagian di seluruh Sarawak agar masyarakat di luar bandar raya Kuching tidak terpinggir daripada menelusuri lipatan sejarah negara.  

Pada peringkat pusat, Pameran Hari Malaysia 2026 yang berlangsung dari 10 hingga 16 September di Atrium Utama Plaza Merdeka menjadi acara tumpuan utama. Jabatan Penerangan Malaysia (JAPEN) Sarawak memaklumkan pameran berkenaan menampilkan lima segmen interaktif yang mendedahkan dokumen penting berhubung pembentukan negara, termasuk salinan Perjanjian Malaysia 1963.  

Mengulas lanjut mengenai perjalanan program, Abdullah menjelaskan bahawa kemuncak perayaan akan berlangsung pada 16 September dengan acara rasmi menaikkan bendera dan nyanyian lagu kebangsaan. 

Acara gilang-gemilang itu dijangka dihadiri oleh Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Premier Sarawak, serta Perdana Menteri, dan bakal diserikan dengan persembahan artis mewakili tiga wilayah iaitu Stacy, Dayang Nurfaizah serta Faizal Tahir.  

Menjelang detik bersejarah itu, beliau menyeru seluruh rakyat Malaysia agar mengetepikan sebarang sentimen perbezaan fahaman demi membina semangat kekitaan yang utuh sebagai anak Malaysia. 

Rakyat turut dinasihatkan supaya sentiasa bersikap rasional dan tidak membiarkan pandangan serta pemikiran mereka ‘dijerebukan’ dengan unsur-unsur negatif yang boleh memecahbelahkan perpaduan masyarakat majmuk.

Related Posts

Sasaran SG4 RM723.75 bilion perlu disusuli pelan yang boleh diuji

SASARAN Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) gabungan empat negeri SG4 sebanyak RM723.75 bilion menjelang 2050 membawa gambaran besar tentang potensi ekonomi Kedah, Kelantan, Terengganu dan Perlis. Namun, angka itu ialah…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Khidmat RORO Kuantan-Kuching hanya 43 jam

KUANTAN – Perkhidmatan kapal roll-on/roll-off (RORO) yang menghubungkan Pelabuhan Kuantan ke Kuching, Sarawak menjadi alternatif logistik baharu yang lebih cekap apabila tempoh pelayaran hanya mengambil masa satu hari 19 jam.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sasaran SG4 RM723.75 bilion perlu disusuli pelan yang boleh diuji

Sasaran SG4 RM723.75 bilion perlu disusuli pelan yang boleh diuji

Lahirkan PM Islam pertama di Malaysia: Akaun pro Pas teruk dikecam

Lahirkan PM Islam pertama di Malaysia: Akaun pro Pas teruk dikecam

Bersatu bakal dikenakan tindakan tatatertib – Takiyuddin

Bersatu bakal dikenakan tindakan tatatertib – Takiyuddin

Bukan ‘pancing undi’, semua pemandu teksi sah dapat RM1,000 – Anthony

  • By Aden
  • October 26, 2026
Bukan ‘pancing undi’, semua pemandu teksi sah dapat RM1,000 – Anthony

Dabra Sia mahu ketengahkan identiti Sabah dalam industri muzik tanah air

  • By Ezmie
  • October 26, 2026
Dabra Sia mahu ketengahkan identiti Sabah dalam industri muzik tanah air

Penangguhan haji turun 18 peratus selepas syarat simpanan minimum RM15,000 dikurangkan

Penangguhan haji turun 18 peratus selepas syarat simpanan minimum RM15,000 dikurangkan