Malaysia perlu lahir lebih ramai bakat STEM, kuasai teknologi sendiri – Anwar

SHAH ALAM – Malaysia tidak boleh terus bergantung kepada teknologi yang dibangunkan negara lain, sebaliknya perlu berusaha mencipta, memiliki dan menguasai teknologi sendiri bagi memastikan daya saing negara terus kukuh.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Malaysia kini berada pada titik penting dalam agenda pembangunan negara, khususnya dalam usaha memperkukuh penguasaan bidang sains dan teknologi.

“Soal keterjaminan makanan, bekalan tenaga, kesihatan awam, keselamatan air, perubahan iklim dan penggunaan kecerdasan buatan (AI) secara bertanggungjawab menuntut ilmu yang kukuh serta keberanian membuat keputusan berasaskan bukti.

“Namun, setiap cabaran juga merupakan peluang untuk mencipta sesuatu yang lebih baik. Segala penyelesaian besar bermula dengan persoalan kecil,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Pertandingan Akhir Cabaran Sains Kebangsaan (NSC) 2026 Piala Pusingan YAB Perdana Menteri di Institut Kesihatan Negara (NIH), di sini, hari ini.

Teks ucapan beliau dibacakan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Chang Lih Kang.

Anwar berkata jumlah penyertaan murid dalam bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM) perlu terus dipertingkatkan, memandangkan penyertaan dalam bidang sains tulen masih berada pada sekitar 15.8 peratus.

“Ini menunjukkan masih terdapat jurang antara minat terhadap STEM dengan kesediaan untuk mendalaminya.

“Dalam usaha ini, guru memainkan peranan yang amat besar, bukan sekadar penyampai ilmu, tetapi pencetus rasa ingin tahu dan pembina keyakinan generasi muda,” katanya.

Berdasarkan data Kementerian Pendidikan, pendaftaran murid dalam bidang STEM meningkat daripada 40.95 peratus pada 2021 kepada 50.83 peratus pada 2024.

Anwar berkata Malaysia memerlukan lebih ramai bakat dalam bidang STEM bagi membina masa depan negara yang lebih maju, berdaya saing dan berdaya tahan.

Katanya, ekosistem pendidikan, penyelidikan dan inovasi perlu terus diperkukuh bagi membuka lebih banyak peluang kepada generasi muda untuk mengembangkan potensi menerusi institusi pengajian tinggi, sektor penyelidikan, industri dan syarikat pemula.

“Kita mahu idea yang lahir di sekolah hari ini berkembang menjadi penyelidikan, teknologi, inovasi dan perusahaan yang mampu menyelesaikan masalah sebenar rakyat serta mengangkat daya saing Malaysia di peringkat dunia,” katanya.

Related Posts

Sailang kerusi DUN Sungai Udang, bukti UMNO pinggirkan Wawasan

TINDAKAN Barisan Nasional (BN) meletakkan calon di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Udang dilihat mencabar kedudukan Wawasan yang memberi isyarat bahawa kerusi Parlimen turut akan dirampas UMNO pada Pilihan Raya…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kes Nik Nazmi jadi liabiliti buat 15 calon Bersama di PRN Melaka – Penganalisis

ISU moral yang membabitkan tangkapan khalwat ke atas pemimpin parti Bersama, Nik Nazmi Nik Ahmad baru-baru ini bakal menjadi beban kepada kesemua 15 calon parti itu yang bertanding di Pilihan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Wakil Astro AWANI Pahang meninggal dunia

Wakil Astro AWANI Pahang meninggal dunia

Sailang kerusi DUN Sungai Udang, bukti UMNO pinggirkan Wawasan

Sailang kerusi DUN Sungai Udang, bukti UMNO pinggirkan Wawasan

Kes Nik Nazmi jadi liabiliti buat 15 calon Bersama di PRN Melaka – Penganalisis

Kes Nik Nazmi jadi liabiliti buat 15 calon Bersama di PRN Melaka – Penganalisis

Sejambak Kasih Deepavali santuni 60 individu terima sumbangan RM350 seorang

Sejambak Kasih Deepavali santuni 60 individu terima sumbangan RM350 seorang

PKR tampil tujuh muka baharu, empat calon muda PRN Melaka

PKR tampil tujuh muka baharu, empat calon muda PRN Melaka

Akmal dulu beri AGC dua hari, kini representasi ditolak

Akmal dulu beri AGC dua hari, kini representasi ditolak