Bersih mahu reformasi institusi diselesaikan sebelum PRU16

KUALA LUMPUR – Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) menggesa Kerajaan Perpaduan menyelesaikan agenda reformasi institusi yang masih tertangguh sebelum mempertimbangkan pembubaran awal Parlimen bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).

Bersih berkata, Parlimen ke-15 seharusnya digunakan sepenuhnya sehingga tamat penggal bagi memastikan reformasi yang telah dijanjikan kepada rakyat dapat dilaksanakan secara menyeluruh.

Gesaan itu dibuat susulan kenyataan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man pada 3 September berhubung cadangan supaya PRU16 diadakan lebih awal.

“Antara perkara yang masih memerlukan tindakan Parlimen ialah pemisahan kuasa Peguam Negara dan Pendakwa Raya (AG-PP), had tempoh jawatan Perdana Menteri kepada maksimum 10 tahun serta pindaan Akta Perhimpunan Aman 2012.

“Selain itu, pindaan Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954, pemberian Peruntukan Pembangunan Kawasan (CDF) secara adil kepada semua Ahli Parlimen tanpa mengira parti serta pengukuhan peranan Jawatankuasa Pilihan Khas (JPK) Parlimen.

“Semua pihak tidak seharusnya terburu-buru mendesak pembubaran awal Parlimen sehingga agenda reformasi institusi yang penting ini dapat dilaksanakan,” katanya dalam kenyataan media pada Jumaat.

Tambahnya lagi, kerajaan, pembangkang dan semua parti politik mempunyai tanggungjawab memanfaatkan baki tempoh Parlimen ke-15 untuk memenuhi komitmen reformasi yang telah diberikan kepada rakyat.

Dalam pada itu, Bersih menggesa Perdana Menteri mengumumkan tarikh pembubaran Parlimen dan PRU16 lebih awal bagi membolehkan pengundi serta agensi berkaitan membuat persiapan sewajarnya.

Katanya, pengumuman lebih awal juga dapat membantu persediaan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Polis Diraja Malaysia (PDRM), pihak sekolah, sektor kesihatan dan sektor korporat.

Bersih menegaskan mandat rakyat tidak wajar dijadikan taruhan demi kepentingan politik atau perebutan kuasa, sebaliknya perlu digunakan untuk memastikan janji dan agenda reformasi yang telah ditetapkan dapat ditunaikan.

Gabungan itu turut mengingatkan Kerajaan Perpaduan yang diterajui Pakatan Harapan (PH), Barisan Nasional (BN), Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bahawa semua parti mempunyai tanggungjawab bersama dalam memperkukuh demokrasi dan institusi negara.

Related Posts

Sailang kerusi DUN Sungai Udang, bukti UMNO pinggirkan Wawasan

TINDAKAN Barisan Nasional (BN) meletakkan calon di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Udang dilihat mencabar kedudukan Wawasan yang memberi isyarat bahawa kerusi Parlimen turut akan dirampas UMNO pada Pilihan Raya…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kes Nik Nazmi jadi liabiliti buat 15 calon Bersama di PRN Melaka – Penganalisis

ISU moral yang membabitkan tangkapan khalwat ke atas pemimpin parti Bersama, Nik Nazmi Nik Ahmad baru-baru ini bakal menjadi beban kepada kesemua 15 calon parti itu yang bertanding di Pilihan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Wakil Astro AWANI Pahang meninggal dunia

Wakil Astro AWANI Pahang meninggal dunia

Sailang kerusi DUN Sungai Udang, bukti UMNO pinggirkan Wawasan

Sailang kerusi DUN Sungai Udang, bukti UMNO pinggirkan Wawasan

Kes Nik Nazmi jadi liabiliti buat 15 calon Bersama di PRN Melaka – Penganalisis

Kes Nik Nazmi jadi liabiliti buat 15 calon Bersama di PRN Melaka – Penganalisis

Sejambak Kasih Deepavali santuni 60 individu terima sumbangan RM350 seorang

Sejambak Kasih Deepavali santuni 60 individu terima sumbangan RM350 seorang

PKR tampil tujuh muka baharu, empat calon muda PRN Melaka

PKR tampil tujuh muka baharu, empat calon muda PRN Melaka

Akmal dulu beri AGC dua hari, kini representasi ditolak

Akmal dulu beri AGC dua hari, kini representasi ditolak