Anwar tekankan kepentingan pelihara tradisi ilmu, khazanah turath

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menekankan kepentingan memelihara khazanah turath sebagai warisan yang menghubungkan generasi hari ini dengan tradisi keilmuan Islam yang panjang.

Beliau berkata, tradisi keilmuan termasuk kekuatan isnad dan kesinambungan pengajian yang dipelihara secara turun-temurun merupakan antara keistimewaan institusi al-Azhar di Mesir.

Perkara itu dikongsikan Anwar selepas berkesempatan menziarahi Al-‘Allāmah Syeikh ‘Abd al-‘Aziz bin Ahmad al-Shihawi al-Husaini al-Asy‘ari al-Syafi‘i di Nasyrul Quran, Putrajaya, petang semalam.

Menurut Anwar, Syeikh ‘Abd al-‘Aziz merupakan ulama kelahiran al-Mahallah al-Kubra, al-Gharbiyyah, Mesir dan antara ulama besar Syafi‘iyyah di al-Azhar.

Beliau turut dikenali sebagai Syeikh bagi Mashaikh Mazhab Imam al-Syafie serta Syeikh bagi Tariqah Shahawiyyah Burhamiyyah.

“Syeikh merupakan ahli fiqh dan pengajar ilmu qiraat di al-Jāmi‘ al-Azhar yang tekun dengan tradisi talaqqi kitab turath.

“Kekuatan hafazan beliau juga luar biasa, termasuk menghafaz dalam pelbagai cabang ilmu agama, hadith dan qiraat al-Quran,” katanya menerusi perkongsian di media sosial.

Anwar berkata, dalam pertemuan itu, Syeikh ‘Abd al-‘Aziz turut mengingatkan mengenai tanggungjawab memelihara turath sebagai khazanah keilmuan yang perlu diwariskan kepada generasi akan datang.

Dalam masa sama, katanya, kemajuan teknologi tidak seharusnya ditolak, sebaliknya perlu dimanfaatkan bagi tujuan mendokumentasi dan melestarikan khazanah ilmu berkenaan.

“Teknologi baharu tidak harus ditolak, sebaliknya dimanfaatkan untuk mendokumentasi dan melestarikan khazanah tersebut,” katanya.

Perdana Menteri turut memetik pesanan Imam al-Syafie yang mengingatkan bahawa seseorang yang tidak merasai kepayahan menuntut ilmu akan berdepan dengan kejahilan sepanjang hayat.

Anwar turut mendoakan agar Syeikh ‘Abd al-‘Aziz sentiasa dikurniakan kesihatan dan afiat serta dipanjangkan usia dalam keberkatan.

“Moga Allah SWT memelihara Syeikh, mengurniakan kesihatan dan afiat, memanjangkan usia beliau dalam keberkatan, serta menjadikan ilmu yang dicurahkan sebagai amal jariah yang terus mengalir,” katanya.

Related Posts

‎Kerajaan teliti kesan platform e-dagang terhadap peniaga fizikal, syarikat kurier tempatan

KOTA KINABALU – Kerajaan akan mengadakan pertemuan dengan pengendali platform e-dagang dan peniaga tempatan bagi menangani ketidakseimbangan persaingan yang semakin memberi tekanan kepada perniagaan fizikal, khususnya akibat penjualan produk pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca
MCMC terima aduan kandungan seksual AI babit pelajar, guru

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menerima aduan berhubung penyalahgunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) bagi menghasilkan dan menyebarkan gambar serta video berunsur seksual yang didakwa membabitkan pelajar dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

KD Ganas, KD Serang dipindahkan ke MAWILLA 2

  • By Ezmie
  • October 8, 2026
KD Ganas, KD Serang dipindahkan ke MAWILLA 2

Semua sekolah di Negeri Sembilan ditutup mulai esok susulan jerebu

Semua sekolah di Negeri Sembilan ditutup mulai esok susulan jerebu

Fasa dua projek tebatan banjir Kampung Rampayan perlu dipercepat

  • By Ezmie
  • October 8, 2026
Fasa dua projek tebatan banjir Kampung Rampayan perlu dipercepat

Selangor-Bersatu masih runding kerjasama, muktamad sebelum belanjawan negeri

Selangor-Bersatu masih runding kerjasama, muktamad sebelum belanjawan negeri

IPU lebih 180, semua sekolah dan institusi pendidikan KPM diarahkan tutup mulai esok

IPU lebih 180, semua sekolah dan institusi pendidikan KPM diarahkan tutup mulai esok

‎Kerajaan teliti kesan platform e-dagang terhadap peniaga fizikal, syarikat kurier tempatan

  • By Ezmie
  • October 8, 2026
‎Kerajaan teliti kesan platform e-dagang terhadap peniaga fizikal, syarikat kurier tempatan