Lebih profesional, tiada lagi ahli politik aktif dalam pengurusan Tabung Haji

BANGI – Lembaga Tabung Haji (TH) kini tidak lagi mempunyai ahli politik aktif dalam komposisi lembaga pengarahnya.

Ketua Pegawai Eksekutif TH, Mustakim Mohamad berkata, keputusan tersebut sebagai usaha memperkukuh tadbir urus dan memastikan pengurusan institusi berkenaan lebih profesional, selain mengembalikan keyakinan lebih 10 juta pendeposit.

Menurut beliau, tindakan itu merupakan sebahagian daripada pembaharuan bagi memastikan pengurusan institusi berkenaan lebih profesional, berdisiplin dan memberi keutamaan kepada kepentingan pendeposit.

“Sekarang ini tidak ada lagi pelantikan atau penglibatan ahli politik aktif dalam lembaga. Ia antara langkah pembaharuan dilaksanakan TH selepas 2018 susulan pelbagai penemuan berkaitan pengurusan dan tadbir urus TH sebelum ini.

“Untuk menamatkan penglibatan ahli politik aktif dalam negara. Sekarang sudah tidak ada lagi penglibatan ahli politik aktif dalam negara,” katanya pada Dialog Ummah: Realiti dan Masa Depan TH, pada Khamis.

Mengulas lanjut, Mustakim berkata, langkah tersebut turut disokong dengan usaha memperkenalkan garis panduanfit and proper (kelayakan dan kesesuaian) bagi memastikan individu yang dilantik menganggotai lembaga memenuhi piawaian kompetensi, integriti dan kesesuaian yang ditetapkan.

“Pendekatan itu adalah sebahagian daripada reformasi tadbir urus yang lebih menyeluruh bagi mengelakkan kelemahan pengurusan lalu berulang.

Fit and propersebagaimana yang dilaksanakan Bank Negara Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti juga akan dimasukkan dalam pindaan kepada akta,” katanya.

Mustakim berkata, tumpuan TH kini adalah memastikan keputusan berkaitan simpanan dan pelaburan dibuat berdasarkan disiplin kewangan, pengurusan risiko serta kepentingan jangka panjang pendeposit.

“TH juga telah menubuhkan semula Panel Pelaburan pada 2021 bagi memperkukuh proses membuat keputusan dan memperbaharui dasar-dasar pelaburan.

“Sekarang ini panel pelaburan telah diwujud atau ditubuhkan semula pada 2021 dan memperbaharui dasar-dasar pelaburan,” katanya.

Related Posts

Cadangan RCI sudah dilaksana 76 peratus oleh Tabung Haji

BANGI– Sebanyak 76 peratus dari keseluruhan cadangan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkaitan Lembaga Tabung Haji (TH) telah dilaksanakan. Pengerusi TH, Tan Sri Abdul Rashid Hussin berkata, pencapaian itu satu peratus…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pindaan Akta Tabung Haji capai 90 peratus, aspek kawal selia masih diperhalusi

BANGI – Pindaan Akta Tabung Haji (TH) kini berada di peringkat akhir dengan kira-kira 90 peratus proses berkenaan sudah diselesaikan. Pengerusi  Lembaga Tabung Haji (TH), Tan Sri Abdul Rashid Hussain…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sarawak ambil maklum cadangan nama baharu kawasan DUN

Sarawak ambil maklum cadangan nama baharu kawasan DUN

Sarawak mohon operasi pembenihan awan dilanjut bagi tingkatkan simpanan air

Sarawak mohon operasi pembenihan awan dilanjut bagi tingkatkan simpanan air

Amerika Syarikat akui Sabah selamat, pelancong digalak datang ke Sabah

Amerika Syarikat akui Sabah selamat, pelancong digalak datang ke Sabah

Cadangan RCI sudah dilaksana 76 peratus oleh Tabung Haji

Cadangan RCI sudah dilaksana 76 peratus oleh Tabung Haji

Pindaan Akta Tabung Haji capai 90 peratus, aspek kawal selia masih diperhalusi

Pindaan Akta Tabung Haji capai 90 peratus, aspek kawal selia masih diperhalusi

Tabung Haji: Abdul Rashid sangkal dakwaan Madinah, RCI sudah beri ruang

Tabung Haji: Abdul Rashid sangkal dakwaan Madinah, RCI sudah beri ruang