Amerika Syarikat akui Sabah selamat, pelancong digalak datang ke Sabah

KOTA KINABALU – Amerika Syarikat mengiktiraf peningkatan tahap keselamatan di Sabah dan menggalakkan lebih ramai pelancong antarabangsa berkunjung ke negeri ini.

U.S. Embassy Chargé d’Affaires, David H. ‘Chip’ Gamble berkata, Amerika Syarikat pada Mac lalu telah menurunkan tahap nasihat perjalanan bagi seluruh kawasan Borneo di tanah besar Borneo.

“Perkembangan itu merupakan pengiktirafan terhadap kemajuan yang dicapai dari segi keselamatan di Sabah.

“Pada asasnya, tahap keselamatan di sini kini adalah sama seperti yang ditetapkan oleh United Kingdom,” katanya semasa sidang media selepas Majlis Perasmian Pacific Patnership 2026 di Dewan Mengkabong Hall Intan Sabah, di sini, pada Khamis.

Dalam pada itu, beliau berkata, Amerika Syarikat kini menggalakkan lebih ramai pelancong datang ke Sabah untuk menikmati keindahan alam semula jadi, pantai, aktiviti menyelam serta pelbagai tarikan lain yang terdapat di negeri ini.

“Kami mengiktiraf Sabah adalah selamat dan berharap lebih ramai orang datang bercuti di sini.

“Saya juga optimis negara-negara lain akan mengambil langkah sama dengan menyesuaikan nasihat perjalanan masing-masing sekali gus memberi lebih banyak peluang kepada pelancong untuk berkunjung ke Sabah,” kongsinya.

Sementara itu, Panglima Angkatan Bersama (PAB), Leftenan Jeneral Datuk Seri Tengku Muhammad Fauzi Tengku Ibrahim berkata, pemilihan Sabah sebagai lokasi PP26 adalah bagi memperkenalkan Sabah kepada negara peserta dan memberi jaminan bahawa negeri ini selamat untuk dikunjungi.

Penganjuran PP26 turut memberi tumpuan kepada kerjasama pengurusan serta kesiapsiagaan menghadapi bencana sekali gus memperkukuh hubungan dan keserasian operasi antara Malaysia dengan negara-negara rakan.

Related Posts

KRT Sandakan, Libaran perkukuh perpaduan masyarakat pelbagai kaum – Suhaimi

SANDAKAN – Komuniti Rukun Tetangga (KRT) di daerah ini dan kawasan Libaran memainkan peranan penting dalam memperkukuh perpaduan serta mengeratkan hubungan masyarakat pelbagai kaum. Ahli Parlimen Libaran, Datuk Suhaimi Nasir…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerajaan MADANI rasmi serah Pelabuhan Bintulu kepada Sarawak

KUCHING – Komitmen Kerajaan MADANI dalam memperkasakan hak dan tuntutan di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dimanifestasikan sepenuhnya apabila pentadbiran Pelabuhan Bintulu kini diserahkan secara rasmi kepada kerajaan Sarawak berkuat…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

KRT Sandakan, Libaran perkukuh perpaduan masyarakat pelbagai kaum – Suhaimi

  • By Fandi
  • September 16, 2026
KRT Sandakan, Libaran perkukuh perpaduan masyarakat pelbagai kaum – Suhaimi

Kerajaan MADANI rasmi serah Pelabuhan Bintulu kepada Sarawak

Kerajaan MADANI rasmi serah Pelabuhan Bintulu kepada Sarawak

Ketika Najib, Abdul Hadi berkuasa Rohingya dibawa masuk

Ketika Najib, Abdul Hadi berkuasa Rohingya dibawa masuk

Pimpin Kerajaan MADANI tidak sama gambaran perjuangan reformasi terdahulu

Pimpin Kerajaan MADANI tidak sama gambaran perjuangan reformasi terdahulu

‘Wan Azizah banyak urus keluarga, saya bukan bapa ideal’ – PMX

‘Wan Azizah banyak urus keluarga, saya bukan bapa ideal’ – PMX

Anwar tetap pilih reformasi walaupun dipukul setengah mati dalam lokap

Anwar tetap pilih reformasi walaupun dipukul setengah mati dalam lokap