Tabung Haji: Abdul Rashid sangkal dakwaan Madinah, RCI sudah beri ruang

BANGI – Tuduhan bekas Ketua Audit Negara, Tan Sri Madinah Mohamad bahawa beliau tidak diberikan ruang secukupnya untuk memberikan penjelasan kepada Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkaitan Lembaga Tabung Haji (TH) adalah tidak tepat.

Pengerusi TH, Tan Sri Abdul Rashid Hussain berkata, walaupun beliau dinasihat supaya berhati-hati dalam mengulas perkara itu susulan pernah menjadi anggota RCI sebelum dilantik sebagai Pengerusi TH, beliau merasakan fakta berhubung perkara tersebut perlu direkodkan.

“Tan Sri (Madinah) sanggup bersumpah atas perkara ini berdasarkan pemeriksaan memori, nota dan hubungan dengan RCI. Untuk rekod, Tan Sri (Madinah) telah diberikan subpoena dan diminta hadir di hadapan RCI pada 3 Jun 2022.

“Saksi berkenaan diminta hadir bersama Timbalan Pengarah Audit Kewangan, Mona Osman namun RCI pada ketika itu mengambil pendekatan meneliti kelemahan secara satu persatu,” katanya dalam sesi soal jawab dalamDialog Ummah: Realiti dan Masa Depan TH, pada Khamis.

Mengulas lanjut, Abdul Rashid berkata, pada 2 Jun 2022, RCI telah menerima keterangan Timbalan Pengarah Audit Kewangan serta Pegawai Audit TH, selain RCI juga mempunyai laporan penuh berkaitan perkara tersebut.

Untuk rekod, menurut beliau, Madinah kebarangkalian sudah terlupa bahawa beliau juga diberikan peluang untuk mengemukakan jawapan bertulis dengan 75 soalan.

“Jawapan itu dikemukakan di bawah akuan berkanun dan terdapat dalam rekod RCI sebagai kenyataan saksi. Kenyataan bertulis berkenaan telah dikemukakan pada 1 April 2022.

“Jadi saya harap fakta bahawa ia dilakukan pada 1 April 2022 tidak dianggap sebagai Aprilfool joke,” katanya lagi.

Baru-baru ini, bekas Ketua Audit Negara, Tan Sri Madinah Mohamad mendedahkan beliau tidak dipanggil memberi keterangan kepada Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkaitan Tabung Haji walaupun beliau merupakan individu yang menandatangani sijil audit berkenaan.

Madinah mendakwa, beliau hadir selepas disapina untuk memberi keterangan namun hanya diminta menunggu di luar bilik RCI sebelum urus setia memaklumkan beliau tidak perlu masuk. Dakwanya, beliau menunggu kira-kira 45 minit hingga sejam di luar bilik berkenaan sebelum diminta pulang tanpa diberikan penjelasan.

Related Posts

Lembaga Pengampunan: Pas perlu faham peraturan, bukan keruhkan keadaan – PM Anwar

KOZHIKODE – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan pandangan yang diberikan dalam mesyuarat Lembaga Pengampunan berhubung kes membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dibuat berdasarkan undang-undang, nasihat…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Prosiding Lembaga Pengampunan sulit, tak wajar dipersoalkan – Tajuddin

SETIAUSAHA Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan tidak wajar mempersoalkan prosiding Lembaga Pengampunan berhubung penangguhan permohonan pengampunan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, kata Ahli Majlis Penasihat Perpaduan Negara…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lembaga Pengampunan: Pas perlu faham peraturan, bukan keruhkan keadaan – PM Anwar

Lembaga Pengampunan: Pas perlu faham peraturan, bukan keruhkan keadaan – PM Anwar

Prosiding Lembaga Pengampunan sulit, tak wajar dipersoalkan – Tajuddin

Prosiding Lembaga Pengampunan sulit, tak wajar dipersoalkan – Tajuddin

PM Anwar tegas pilih kestabilan, bukan polemik politik

PM Anwar tegas pilih kestabilan, bukan polemik politik

BRICS wadah perjuang sistem antarabangsa lebih adil – PM Anwar

BRICS wadah perjuang sistem antarabangsa lebih adil – PM Anwar

Sambutan Hari Malaysia 2026: Fahmi jamin capaian internet optimum untuk media

Sambutan Hari Malaysia 2026: Fahmi jamin capaian internet optimum untuk media

Malaysia-Keralam bincang peluang tingkat perdagangan, pelaburan

Malaysia-Keralam bincang peluang tingkat perdagangan, pelaburan