Isu peruntukan: SUA KKDW wajar semak fakta, KSP lebih arif – Tunku Nashrul

KUALA LUMPUR –  Isu peruntukan dan pembayaran kepada kontraktor di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) perlu merujuk kepada pihak berkaitan yang lebih akauntabiliti seperti Ketua Setiausaha Perbendaharaan (KSP), Tan Sri Johan Mahmood Merican.

Justeru, Setiausaha Akhbar Kanan Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah menggesa Setiausaha Akhbar (SUA) Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Fadzmel Fadzil menyemak semula fakta sebelum menuding kepada pihak lain.

Beliau yakin kenyataan yang dikeluarkan Kementerian Kewangan (MoF) berhubung perkara itu dibuat setelah disemak dengan teliti.

“Elok saudara Fadzmel semak semula fakta. Saya yakin kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan tidak dibuat secara semborono.

“Saya kenal Tan Sri KSP sebagai penjawat awam kanan yang teliti dan cekap. Dalam urusan kewangan negara, sudah tentu beliau lebih arif,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam, dalam satu kenyataan, Johan Mahmood Merican berkata, MoF tidak mengenakan sebarang sekatan ke atas peruntukan KKDW berhubung jalan luar bandar malah peruntukan tersebut telah disalurkan sepenuhnya.

Bagaimanapun, ujarnya lagi, kekangan dalam proses pembayaran kepada kontraktor berbangkit disebabkan peruntukan tahun semasa hampir dibelanjakan sepenuhnya.

“KKDW telah membuat komitmen serta membelanjakan peruntukan melebihi jumlah yang diluluskan bagi projek jalan luar bandar sejak beberapa tahun lalu,” katanya dalam kenyataan tersebut.

Bagaimanapun, Fadzmel menafikan kenyataan Johan yang mengatakan kementerian tersebut berbelanja melebihi peruntukan.

Tegasnya, Tatacara Kewangan Kerajaan tidak sesekali membenarkan perbelanjaan melebihi peruntukan yang telah diluluskan, sekali gus menghalang kementerian daripada membuat perbelanjaan sewenang-wenangnya.

Pertikaian berhubung peruntukan itu timbul selepas MoF menjelaskan kedudukan kewangan KKDW, termasuk dakwaan kementerian berkenaan berbelanja melebihi peruntukan tahunan bagi beberapa tahun.

MoF sebelum ini memaklumkan perbelanjaan KKDW pada 2023 berjumlah RM1.8 bilion berbanding peruntukan RM1.1 bilion, manakala pada 2024 sebanyak RM2 bilion berbanding RM1.3 bilion.

Pada 2025 pula, perbelanjaan KKDW direkodkan RM2.3 bilion berbanding peruntukan RM1.6 bilion.

MoF turut memaklumkan RM300 juta diluluskan bagi membantu menyelesaikan tunggakan bayaran kepada kontraktor di bawah projek pembangunan KKDW.

Isu berkenaan sebelum ini turut mendapat perhatian Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri KKDW, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, yang meluahkan rasa tidak puas hati berhubung masalah pembayaran kepada kontraktor.

Ahmad Zahid menegaskan peruntukan yang diluluskan perlu disalurkan kepada perkara yang telah diperuntukkan bagi memastikan pelaksanaan projek kerajaan tidak berdepan masalah pembayaran.

Related Posts

Muhyiddin tiba di Mahkamah Tinggi sambung bicara kes Jana Wibawa

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, pagi ini, bagi menghadiri sambungan perbicaraan kes membabitkan Program Jana Wibawa. Muhyiddin berdepan tujuh…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pengambilan 200,000 pekerja Bangladesh dalam enam bulan tidak logik – Ramanan

PETALING JAYA – Jumlah pekerja asing di Malaysia ditentukan berdasarkan keperluan sebenar industri dan sektor, kata Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Ramanan Ramakrishnan. Beliau berkata, hal itu tertakluk kepada siling yang ditetapkan oleh Kementerian…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Budaya jadikan RCI Tabung Haji ‘kambing hitam’ harus ditegah

Budaya jadikan RCI Tabung Haji ‘kambing hitam’ harus ditegah

Isu peruntukan: SUA KKDW wajar semak fakta, KSP lebih arif – Tunku Nashrul

Isu peruntukan: SUA KKDW wajar semak fakta, KSP lebih arif – Tunku Nashrul

Ringgit dibuka tinggi menjelang pengumuman OPR

Ringgit dibuka tinggi menjelang pengumuman OPR

Muhyiddin tiba di Mahkamah Tinggi sambung bicara kes Jana Wibawa

Muhyiddin tiba di Mahkamah Tinggi sambung bicara kes Jana Wibawa

AS akui Sabah lebih selamat, keyakinan pelancong dijangka melonjak

  • By Ithma
  • September 3, 2026
AS akui Sabah lebih selamat, keyakinan pelancong dijangka melonjak

Gempa bumi lemah magnitud 3.4 gegar Keningau pagi ini

Gempa bumi lemah magnitud 3.4 gegar Keningau pagi ini