Sarawak mohon operasi pembenihan awan dilanjut bagi tingkatkan simpanan air

KUCHING – Sarawak memohon agar Operasi Pembenihan Awan dilanjutkan sehingga 7 September ini bagi meningkatkan simpanan air negeri menjelang kemungkinan cuaca panas pada Oktober kelak.

Inisiatif bersepadu tersebut menumpukan tiga empangan hidroelektrik utama berserta 13 kawasan tadahan air strategik susulan keadaan cuaca kering yang berpanjangan.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas menjelaskan bahawa pelaksanaan awal memberi tumpuan kepada Batang Ai sebelum diperluaskan ke Murum dan Bakun mengikut kesesuaian awan.

“Jadi, sekiranya terdapat peluang, kita akan meningkatkan paras air sebanyak mungkin selagi keadaan cuaca masih mengizinkan,” katanya merangkap Pengerusi JPBN Sarawak.

Pelaksanaan operasi yang diterajui oleh MetMalaysia bersama TUDM serta mendapat sokongan agensi seperti NADMA dan APM pada bulan Mei dan Jun lalu telah mencatatkan peningkatan positif paras air empangan.

Selain memperkukuh jaminan bekalan air mentah, kerpasan hujan yang terhasil daripada pembenihan awan itu dijangka membantu mengurangkan kepekatan bahan pencemar udara bagi menangani risiko jerebu.

Related Posts

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

IPOH – Pemuda Parti Amanah Perak menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meneliti sumber kekayaan yang dikaitkan dengan anak-anak bekas Pengerusi Lembaga Tabung Haji, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

ARAU – Parti Wawasan Negara (Wawasan) terus melebarkan pengaruhnya di Perlis apabila sebahagian besar pimpinan Bersatu Bahagian Arau bersama 10 ketua cawangan mengumumkan keluar parti dan menyertai parti berkenaan. Perkembangan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

Mahfuz saran Zahid tidak bawa ‘politik budak-budak’ ke Putrajaya

Mahfuz saran Zahid tidak bawa ‘politik budak-budak’ ke Putrajaya

Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

Dua kenderaan bertembung, dua maut

Dua kenderaan bertembung, dua maut

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan