Cadangan RCI sudah dilaksana 76 peratus oleh Tabung Haji

BANGI– Sebanyak 76 peratus dari keseluruhan cadangan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkaitan Lembaga Tabung Haji (TH) telah dilaksanakan.

Pengerusi TH, Tan Sri Abdul Rashid Hussin berkata, pencapaian itu satu peratus lebih tinggi berbanding Petunjuk Prestasi Utama (KPI) yang ditetapkannya sendiri.

“Saya akan bahagikan kepada empat pembentangan. Kami melakukan 76 peratus dari itu, satu peratus lebih tinggi daripada KPI saya sendiri.

“Oleh itu, bahagian atau baki cadangan yang perlu disiapkan sepenuhnya melibatkan aspek hubungan serta proses dengan pihak luar dan perkara itu tidak pernah mudah kerana ia adalah proses yang panjang ,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri Dialog Ummah: Realiti dan Masa Depan TH di Hotel Tenera, pada Khamis.

Beliau berkata, dari 25 cadangan RCI, antara perkara penting yang masih dalam proses ialah cadangan berkaitan aspek kawal selia TH.

Bagaimanapun, katanya, usaha ke arah itu kini hampir mencapai penyelesaian.

“Dari 25 rekomendasi, adalah untuk menguruskan masalah regulatori. Seperti yang saya katakan, kita hampir sampai di sana sekarang. Sebagai prinsip, itu bukan masalah,” katanya.

Related Posts

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

KERALAM (INDIA) – Pertemuan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Mufti Besar India, Sheikh Abubakr Ahmad dijadual berlangsung di Keralam (sebelum ini dikenali sebagai Kerala) esok, dalam rangka lawatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Semikonduktor lonjak kerjasama industri Malaysia-India

NEW DELHI – Kerjasama dalam industri semikonduktor menjadi antara tumpuan perbincangan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan rakan sejawatannya dari India, Narendra Modi, dalam usaha memperluas perkongsian ekonomi Malaysia-India.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tempoh idah PRU16 belum sampai

Tempoh idah PRU16 belum sampai

Chelsea gagal raih tiga mata, seri 2-2 lawan Hull

Chelsea gagal raih tiga mata, seri 2-2 lawan Hull

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

Semikonduktor lonjak kerjasama industri Malaysia-India

Semikonduktor lonjak kerjasama industri Malaysia-India

Malaysia perluas pasaran Afrika menerusi kerjasama Ethiopia

Malaysia perluas pasaran Afrika menerusi kerjasama Ethiopia