Keselamatan deposit keutamaan Tabung Haji, keuntungan hanya diumum selepas audit

BANGI – Lembaga Tabung Haji (TH) hanya mengisytiharkan keuntungan selepas penyata kewangan diaudit sepenuhnya, berbeza dengan amalan sebelum ini yang menyaksikan pengumuman dibuat sebelum proses audit selesai.

Ketua Pegawai Eksekutif TH, Mustakim Mohamad berkata, langkah berkenaan penting bagi memastikan kedudukan kewangan TH lebih telus dan pengagihan keuntungan dibuat berdasarkan prestasi kewangan sebenar.

Menurut beliau, sejak 2022, TH hanya mengisytiharkan keuntungan selepas penyata kewangan diaudit sepenuhnya, berbeza dengan amalan sebelum ini yang menyaksikan pengumuman dibuat sebelum proses audit selesai.

“TH juga kini memberi penekanan lebih besar terhadap pengurusan risiko pelaburan bagi memastikan keselamatan pendeposit terus menjadi keutamaan.

“Paling penting ialah kita mahu membina semula keyakinan terhadap deposit kerana kita mempunyai tanggungjawab memastikan keselamatan deposit,” katanya pada Dialog Ummah: Realiti dan Masa Depan TH, pada Khamis.

Dalam pada itu, Mustakim berkata, daripada 25 syor Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI), sebanyak 19 telah diambil tindakan, manakala enam lagi masih dalam proses pelaksanaan.

Beliau menegaskan, antara perkara yang masih dalam proses termasuk cadangan berkaitan perubahan dasar yang perlu dibawa ke Kabinet dan Parlimen serta usaha memperkukuh skop penyeliaan kerajaan terhadap TH.

“Lebih 90 peratus (pelaksanaan) sedang berjalan, tetapi masih ada perjalanan yang panjang untuk membawanya ke Kabinet,” katanya.

Mustakim berkata, pembaharuan yang dilaksanakan TH bukan sekadar memberi tumpuan kepada isu sebelum 2018, sebaliknya turut merangkumi penambahbaikan selepas tempoh tersebut.

“Ini bukan hanya mengenai sebelum 2018, tetapi juga selepas 2018. Bagi saya, ini adalah perkara yang serius.

“Kita perlu mengakui kelemahan lalu dan menunjukkan kemajuan hari ini untuk membina keyakinan terhadap pendeposit,” katanya.

Dalam pada itu, Mustakim memaklumkan, TH turut mengubah strategi peruntukan aset dengan kini 50 peratus aset diperuntukkan kepada instrumen pendapatan tetap berbanding lebih separuh aset berada dalam ekuiti pada 2018.

Menurutnya, perubahan itu dibuat bagi meningkatkan kestabilan portfolio serta memberi jaminan lebih kukuh terhadap keselamatan deposit.

“Semua pembaharuan berkenaan bertujuan memastikan TH kekal sebagai institusi Islam yang kukuh, profesional dan dipercayai pendeposit untuk tempoh jangka panjang.

“Organisasi yang telah ditubuhkan lebih 60 tahun ini perlu terus relevan untuk masa hadapan,” katanya.

Related Posts

Sailang kerusi DUN Sungai Udang, bukti UMNO pinggirkan Wawasan

TINDAKAN Barisan Nasional (BN) meletakkan calon di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Udang dilihat mencabar kedudukan Wawasan yang memberi isyarat bahawa kerusi Parlimen turut akan dirampas UMNO pada Pilihan Raya…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kes Nik Nazmi jadi liabiliti buat 15 calon Bersama di PRN Melaka – Penganalisis

ISU moral yang membabitkan tangkapan khalwat ke atas pemimpin parti Bersama, Nik Nazmi Nik Ahmad baru-baru ini bakal menjadi beban kepada kesemua 15 calon parti itu yang bertanding di Pilihan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Wakil Astro AWANI Pahang meninggal dunia

Wakil Astro AWANI Pahang meninggal dunia

Sailang kerusi DUN Sungai Udang, bukti UMNO pinggirkan Wawasan

Sailang kerusi DUN Sungai Udang, bukti UMNO pinggirkan Wawasan

Kes Nik Nazmi jadi liabiliti buat 15 calon Bersama di PRN Melaka – Penganalisis

Kes Nik Nazmi jadi liabiliti buat 15 calon Bersama di PRN Melaka – Penganalisis

Sejambak Kasih Deepavali santuni 60 individu terima sumbangan RM350 seorang

Sejambak Kasih Deepavali santuni 60 individu terima sumbangan RM350 seorang

PKR tampil tujuh muka baharu, empat calon muda PRN Melaka

PKR tampil tujuh muka baharu, empat calon muda PRN Melaka

Akmal dulu beri AGC dua hari, kini representasi ditolak

Akmal dulu beri AGC dua hari, kini representasi ditolak