Jabatan Audit Negara tampil perjelas kekeliruan istilah dalam Sijil Ketua Audit Negara

PUTRAJAYA – Jabatan Audit Negara (JAN) menjelaskan bahawa Pendapat Tanpa Teguran yang disertakan perenggan Emphasis of Matter (EOM) tidak boleh ditafsirkan sebagai Pendapat Berteguran terhadap penyata kewangan yang diaudit.

JAN dalam kenyataan media hari ini berkata, kefahaman tepat terhadap sesuatu pendapat audit amat penting kerana setiap istilah yang digunakan dalam Sijil Ketua Audit Negara mempunyai maksud dan implikasi tersendiri.

Menurutnya, Sijil Ketua Audit Negara menzahirkan perakuan serta pandangan bebas Ketua Audit Negara terhadap penyata kewangan yang telah diaudit, selaras dengan mandat di bawah Seksyen 9 Akta Audit 1957 [Akta 62].

“Pendapat tersebut dirumus berdasarkan penilaian menyeluruh terhadap bukti audit, tahap materialiti, kerangka pelaporan kewangan serta piawaian pengauditan yang berkenaan,” menurut kenyataan itu.

JAN berkata, Sijil Ketua Audit Negara mengenai penyata kewangan disediakan berdasarkan keperluan International Standards of Supreme Audit Institutions (ISSAI) dan International Standards on Auditing (ISA).

Menurutnya, Pendapat Tanpa Teguran boleh mengandungi perenggan EOM bagi memberikan penekanan kepada perkara penting yang telah didedahkan dalam penyata kewangan.

“Perenggan EOM tidak mengubah Pendapat Tanpa Teguran yang diberikan dan tidak boleh ditafsirkan sebagai Pendapat Berteguran.

“Kedua-duanya mempunyai tujuan, asas pertimbangan dan implikasi audit yang berbeza,” katanya.

JAN berkata, perkara itu selaras dengan peruntukan Seksyen 7A yang baharu di bawah Akta Audit 1957 susulan pindaan pada 2024.

Sehubungan itu, Garis Panduan Sijil Ketua Audit Negara yang berkuat kuasa mulai 6 Februari 2025 telah dikeluarkan bagi memperincikan jenis pendapat audit serta pertimbangan profesional Ketua Audit Negara.

“Pembaharuan ini bukan sahaja memperkukuh mandat dan peranan Ketua Audit Negara, malah menyediakan ruang untuk kerangka pelaksanaan audit diperjelas dan diseragamkan.

“Langkah ini juga mencerminkan komitmen berterusan Jabatan Audit Negara untuk memperkukuh ketelusan, konsistensi dan keyakinan terhadap pelaporan kewangan sektor awam,” katanya.

Dalam pada itu, JAN menegaskan pihaknya kekal komited melaksanakan pengauditan secara bebas, objektif dan profesional berlandaskan mandat Ketua Audit Negara di bawah Akta Audit 1957 serta kerangka perundangan yang diperkukuh melalui Akta Audit (Pindaan) 2024.

Menurut JAN, pendekatan itu bertujuan memastikan penyeragaman dalam penilaian isu material dan penentuan jenis pendapat audit, sekali gus menjamin mutu pengauditan serta pensijilan penyata kewangan.

Penjelasan lanjut berkaitan Sijil Ketua Audit Negara boleh dirujuk melalui Garis Panduan Sijil Ketua Audit Negara Mengenai Penyata Kewangan yang disediakan oleh JAN.

Related Posts

TH mahu beroperasi ikut piawaian institusi kewangan profesional

BANGI – Lembaga Tabung Haji (TH) ketika ini di fasa menuju perubahan besar dalam aspek kawal selia bagi memastikan institusi kewangan Islam itu beroperasi mengikut piawaian keselamatan dan profesionalisme tertinggi.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Ahli politik dilarang sertai Lembaga Tabung Haji

BANGI – Lembaga Tabung Haji (TH) mengesahkan tiada mana-mana ahli politik dalam barisan Lembaga Pengarah institusi itu ketika ini. Pengerusi TH, Tan Sri Abdul Rashid Hussain menegaskan, perkara itu penting…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Martinelli keluar Arsenal, masuk Al Hilal

Martinelli keluar Arsenal, masuk Al Hilal

Lelaki rugi RM161,400 terpedaya tawaran tender bekalan stesen jana kuasa palsu

Lelaki rugi RM161,400 terpedaya tawaran tender bekalan stesen jana kuasa palsu

JKM salur 900 karton air minuman bantu penduduk terjejas kemarau

JKM salur 900 karton air minuman bantu penduduk terjejas kemarau

Kekal OPR bukti Bank Negara yakin pertumbuhan ekonomi Malaysia

Kekal OPR bukti Bank Negara yakin pertumbuhan ekonomi Malaysia

Kementerian Pertahanan kaji naik taraf insentif Palapes

Kementerian Pertahanan kaji naik taraf insentif Palapes

Dunia pertahanan kini perlu kepakaran baharu termasuk AI – Khaled

Dunia pertahanan kini perlu kepakaran baharu termasuk AI – Khaled