Patuh SOP kesihatan, tingkat langkah berjaga-jaga hadapi jerebu

TAWAU – Rakyat Sabah diminta meningkatkan langkah berjaga-jaga disamping mematuhi prosedur operasi standard (SOP) kesihatan susulan keadaan jerebu di negeri ini.

Pembantu Menteri Wanita, Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, Datuk Rina Jainal berkata, orang ramai perlu mengambil langkah sewajarnya bagi melindungi kesihatan terutama ketika melakukan aktiviti di luar rumah.

“Patuhi SOP kesihatan, kurangkan aktiviti luar sekiranya keadaan tidak mengizinkan.

“Sentiasa pantau amaran serta arahan terkini yang dikeluarkan pihak berkuasa,” katanya dalam kenyataan, pada Rabu.

Tambah Rina, perhatian khusus perlu diberikan kepada golongan berisiko seperti kanak-kanak, warga emas dan individu yang mempunyai masalah kesihatan.

“Ibu bapa dan penjaga juga perlu memantau keadaan kesihatan anak-anak serta mengehadkan aktiviti luar sekiranya bacaan IPU meningkat ke tahap tidak sihat.

“Jangan mengambil mudah keadaan jerebu dan mendapatkan maklumat daripada sumber rasmi bagi memastikan tindakan pencegahan dapat dilakukan dengan tepat,” ujarnya.

Dalam perkembangan sama, Kerajaan Sabah turut mengaktifkan Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) Negeri serta PKOB peringkat daerah di Kota Kinabalu, Keningau dan Papar susulan bacaan IPU yang menghampiri 200.

Setakat pukul 4 petang pada Rabu, bacaan IPU menerusi laman sesawang Jabatan Alam Sekitar menunjukkan stesen Politeknik Kota Kinabalu (178), Kota Kinabalu (173), Keningau (175), Kimanis (171) dan Sandakan (136).

Tawau yang sebelum ini merekodkan IPU tidak sihat kini berubah kepada sederhana iaitu IPU 99 sejak 1 petang tadi.

Related Posts

Sambutan Hari Malaysia 2026: Fahmi jamin capaian internet optimum untuk media

KUCHING – Kementerian Komunikasi memberi jaminan bahawa kualiti liputan dan capaian internet pada malam kemuncak sambutan Hari Malaysia ke-63 akan berada di tahap optimum bagi melancarkan kelancaran tugas pengamal media.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Penghantar barang ditahan bersama dadah, pistol palsu

TEMERLOH – Tindakan seorang penghantar barang menyembunyikan sepucuk pistol palsu di bawah kerusi bahagian pemandu terbongkar selepas ditahan dalam serbuan berkaitan dadah di Paya Keladan di sini, malam Sabtu lalu.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lembaga Pengampunan: Pas perlu faham peraturan, bukan keruhkan keadaan – PM Anwar

Lembaga Pengampunan: Pas perlu faham peraturan, bukan keruhkan keadaan – PM Anwar

Prosiding Lembaga Pengampunan sulit, tak wajar dipersoalkan – Tajuddin

Prosiding Lembaga Pengampunan sulit, tak wajar dipersoalkan – Tajuddin

PM Anwar tegas pilih kestabilan, bukan polemik politik

PM Anwar tegas pilih kestabilan, bukan polemik politik

BRICS wadah perjuang sistem antarabangsa lebih adil – PM Anwar

BRICS wadah perjuang sistem antarabangsa lebih adil – PM Anwar

Sambutan Hari Malaysia 2026: Fahmi jamin capaian internet optimum untuk media

Sambutan Hari Malaysia 2026: Fahmi jamin capaian internet optimum untuk media

Malaysia-Keralam bincang peluang tingkat perdagangan, pelaburan

Malaysia-Keralam bincang peluang tingkat perdagangan, pelaburan