Malaysia rancang ambil 200,000 pekerja bukan pendirian rasmi Bangladesh

PUTRAJAYA – Kenyataan seorang menteri Bangladesh yang mendakwa Malaysia merancang mengambil 200,000 pekerja dari negara berkenaan tidak mewakili pendirian rasmi kerajaan negara itu, kata jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Seri Fahmi Fadzil.

Fahmi berkata, beliau sudah berhubung dengan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri R Ramanan mengenai perkara itu dan dimaklumkan bahawa kenyataan berkenaan dibuat oleh seorang menteri muda serta tidak seharusnya dianggap sebagai pengumuman rasmi kerajaan Bangladesh.

“Saya ada berhubung dengan Menteri Sumber Manusia mengenai perkara terbabit dan beliau memaklumkan bahawa itu bukan kenyataan rasmi daripada pihak kerajaan Bangladesh.

“Ia (kenyataan) dikeluarkan oleh seorang, saya difahamkan seorang junior minister (menteri muda), jadi bukan mewakili keputusan rasmi pihak kerajaan Bangladesh,” katanya pada sidang media pasca mesyuarat Kabinet, pada Rabu.

Semalam, Timbalan Menteri Kerajaan Tempatan, Pembangunan Luar Bandar dan Koperasi Bangladesh, Mir Shahe Alam, berkata, Malaysia merancang mengambil kira-kira 200,000 pekerja Bangladesh dalam tempoh enam bulan akan datang.

Beliau dilaporkan berkata, pekerja berkenaan akan diambil melalui syarikat yang diluluskan pihak berkuasa Malaysia, manakala proses pengambilan akan bermula secara berperingkat pada akhir September dan dijangka selesai dalam tempoh enam bulan.

Pada Jun lalu, Perdana Menteri Bangladesh, Tarique Rahman, meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mempertimbangkan untuk membuka semula pasaran buruh Malaysia kepada pekerja Bangladesh.

Malaysia mengehadkan pengambilan pekerja Bangladesh pada 2024 susulan laporan mengenai eksploitasi, termasuk jeratan hutang, buruh paksa dan pekerja yang tiba di negara ini tanpa pekerjaan seperti yang dijanjikan kepada mereka.

Related Posts

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

IPOH – Pemuda Parti Amanah Perak menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meneliti sumber kekayaan yang dikaitkan dengan anak-anak bekas Pengerusi Lembaga Tabung Haji, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berangkat ke New Delhi, India malam ini bagi menghadiri Sidang Kemuncak Pemimpin-Pemimpin BRICS ke-18, selepas selesai lawatan kerja beliau di Sabah.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

Mahfuz saran Zahid tidak bawa ‘politik budak-budak’ ke Putrajaya

Mahfuz saran Zahid tidak bawa ‘politik budak-budak’ ke Putrajaya

Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

Dua kenderaan bertembung, dua maut

Dua kenderaan bertembung, dua maut

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan