Fahmi zahir dukacita nahas LPT1 ragut empat nyawa

PUTRAJAYA – Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil menzahirkan rasa dukacita susulan kemalangan maut di Lebuhraya Pantai Timur (LPT) 1 yang mengorbankan empat individu, termasuk tiga sekeluarga, ketika dalam perjalanan pulang ke Kuantan selepas menghadiri sambutan Hari Kebangsaan 2026 di Putrajaya.

Menerusi hantaran di Facebook, beliau turut menyampaikan ucapan takziah kepada seluruh keluarga mangsa yang terkorban dalam nahas membabitkan 11 kenderaan di Kilometer 110.4 LPT1 arah Timur, Lanchang, Temerloh, berhampiran susur keluar Plaza Tol Temerloh.

Kemalangan yang berlaku kira-kira jam 10 malam itu turut menyebabkan tiga individu lain cedera.

“Semoga seluruh keluarga mangsa yang terlibat diberikan kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi kehilangan ini,” katanya.

Tiga mangsa daripada satu keluarga yang maut ialah pasangan suami isteri, Muhammad Nazatul Nazmi dan Nur Atiqah Sofiya Mohd Kazwan Kassim, masing-masing berusia 32 tahun, serta anak lelaki mereka, Muhammad Armaan Nazeef, empat tahun.

Ketiga-tiga mangsa menaiki sebuah kereta dalam perjalanan pulang ke Kuantan.

Seorang lagi mangsa yang maut dikenal pasti sebagai Seow Beng Wain, 55, dari Kota Kemuning, Shah Alam, Selangor, yang merupakan penumpang sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV).

Dalam kejadian itu, sebanyak 11 kenderaan terlibat, terdiri daripada empat kereta, tiga SUV, serta masing-masing sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV), pikap, lori tangki dan bas.

Siasatan awal polis mendapati nahas dipercayai berpunca apabila sebuah lori tangki yang membawa simen hilang kawalan sebelum melanggar beberapa kenderaan lain yang sedang bergerak perlahan.

Related Posts

Pengambilan 200,000 pekerja Bangladesh dalam enam bulan tidak logik – Ramanan

PETALING JAYA – Jumlah pekerja asing di Malaysia ditentukan berdasarkan keperluan sebenar industri dan sektor, kata Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Ramanan Ramakrishnan. Beliau berkata, hal itu tertakluk kepada siling yang ditetapkan oleh Kementerian…

Lebih lanjut

teruskan membaca
AS, Iran perlu kembali ke meja rundingan

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menggesa Amerika Syarikat (AS) dan Iran menghentikan tindakan yang boleh meningkatkan ketegangan serta segera kembali ke meja rundingan. Beliau berkata, peningkatan ketegangan antara kedua-dua…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

AS akui Sabah lebih selamat, keyakinan pelancong dijangka melonjak

  • By Ithma
  • September 3, 2026
AS akui Sabah lebih selamat, keyakinan pelancong dijangka melonjak

Gempa bumi lemah magnitud 3.4 gegar Keningau pagi ini

Gempa bumi lemah magnitud 3.4 gegar Keningau pagi ini

Jangan jadikan RCI Tabung Haji alat, senjata politik

Jangan jadikan RCI Tabung Haji alat, senjata politik

Marin Sandakan gagalkan penyeludupan rokok, rampas 97,800 batang bernilai RM131,700

  • By Fandi
  • September 3, 2026
Marin Sandakan gagalkan penyeludupan rokok, rampas 97,800 batang bernilai RM131,700

Pengambilan 200,000 pekerja Bangladesh dalam enam bulan tidak logik – Ramanan

Pengambilan 200,000 pekerja Bangladesh dalam enam bulan tidak logik – Ramanan

Sarawak perkasa kontraktor Bumiputera seiring peralihan sektor ekonomi hijau

Sarawak perkasa kontraktor Bumiputera seiring peralihan sektor ekonomi hijau