Fahmi zahir dukacita nahas LPT1 ragut empat nyawa

PUTRAJAYA – Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil menzahirkan rasa dukacita susulan kemalangan maut di Lebuhraya Pantai Timur (LPT) 1 yang mengorbankan empat individu, termasuk tiga sekeluarga, ketika dalam perjalanan pulang ke Kuantan selepas menghadiri sambutan Hari Kebangsaan 2026 di Putrajaya.

Menerusi hantaran di Facebook, beliau turut menyampaikan ucapan takziah kepada seluruh keluarga mangsa yang terkorban dalam nahas membabitkan 11 kenderaan di Kilometer 110.4 LPT1 arah Timur, Lanchang, Temerloh, berhampiran susur keluar Plaza Tol Temerloh.

Kemalangan yang berlaku kira-kira jam 10 malam itu turut menyebabkan tiga individu lain cedera.

“Semoga seluruh keluarga mangsa yang terlibat diberikan kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi kehilangan ini,” katanya.

Tiga mangsa daripada satu keluarga yang maut ialah pasangan suami isteri, Muhammad Nazatul Nazmi dan Nur Atiqah Sofiya Mohd Kazwan Kassim, masing-masing berusia 32 tahun, serta anak lelaki mereka, Muhammad Armaan Nazeef, empat tahun.

Ketiga-tiga mangsa menaiki sebuah kereta dalam perjalanan pulang ke Kuantan.

Seorang lagi mangsa yang maut dikenal pasti sebagai Seow Beng Wain, 55, dari Kota Kemuning, Shah Alam, Selangor, yang merupakan penumpang sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV).

Dalam kejadian itu, sebanyak 11 kenderaan terlibat, terdiri daripada empat kereta, tiga SUV, serta masing-masing sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV), pikap, lori tangki dan bas.

Siasatan awal polis mendapati nahas dipercayai berpunca apabila sebuah lori tangki yang membawa simen hilang kawalan sebelum melanggar beberapa kenderaan lain yang sedang bergerak perlahan.

Related Posts

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

IPOH – Pemuda Parti Amanah Perak menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meneliti sumber kekayaan yang dikaitkan dengan anak-anak bekas Pengerusi Lembaga Tabung Haji, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berangkat ke New Delhi, India malam ini bagi menghadiri Sidang Kemuncak Pemimpin-Pemimpin BRICS ke-18, selepas selesai lawatan kerja beliau di Sabah.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

Mahfuz saran Zahid tidak bawa ‘politik budak-budak’ ke Putrajaya

Mahfuz saran Zahid tidak bawa ‘politik budak-budak’ ke Putrajaya

Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

Dua kenderaan bertembung, dua maut

Dua kenderaan bertembung, dua maut

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan