Tiga maut termasuk kanak-kanak, dua cedera parah kemalangan tiga kenderaan

LAHAD DATU – Tiga maut termasuk seorang kanak-kanak manakala dua cedera parah dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Jalan Felda Sahabat, di sini, pada Ahad.

Tiga maut merupakan seorang wanita dan kanak-kanak perempuan dari kenderaan Saga Aeroback serta seorang penunggang motosikal.

Dua lagi mangsa cedera parah merupakan penumpang dari Saga Aeroback.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lahad Datu, Sumsoa Rashid berkata, sepasukan 10 anggota bersama jentera kemudian bergegas ke lokasi sebaik menerima panggilan kecemasan membabitkan kemalangan Saga Aeroback, Nissan Frontier dan motosikal itu kira-kira pukul 6.19 petang.

“Terdapat 13 orang mangsa terlibat iaitu empat mangsa di kenderaan Proton Saga Aeroback telah dikeluarkan oleh orang awam, dua orang cedera parah di hantar ke Klinik Kesihatan Tungku oleh pihak Ambulan bagi mendapatkan rawatan selanjutnya.

“Seorang mangsa dan penunggang motosikal disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian manakala seorang lagi mangsa dari kenderaan sama meninggal dunia ketika dikejarkan ke Klinik Kesihatan Tungku,” katanya ketika dihubungi di sini, pada Isnin.

Menurut Sumsoa, lapan penumpang termasuk seorang kanak-kanak perempuan dan dua kanak-kanak lelaki yang cedera ringan di kenderaan Nissan Frontier turut dikejarkan ke Klinik Kesihatan Tungku untuk rawatan.

“Mayat dua mangsa meninggal dunia diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut dan operasi ditamatkan pukul 10.06 malam setelah memastikan tiada bahaya lain yang wujud,” katanya.

Related Posts

Peniaga Dataran Kampung Wai kecewa dakwa terima notis roboh gerai

KANGAR – Peniaga di Dataran Kampung Wai, Kuala Perlis kecewa apabila mendakwa menerima notis supaya merobohkan gerai masing-masing bagi memberi laluan kepada penganjuran pesta air selama tiga hari. Dakwaan itu…

Lebih lanjut

teruskan membaca
JKDM Sabah gagalkan sembilan cubaan seludup minuman keras bernilai RM4.15 juta

KOTA KINABALU – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sabah menggagalkan sembilan kes cubaan menyeludup minuman keras bernilai RM4.15 juta termasuk duti dan cukai menerusi pemeriksaan di Pelabuhan Sepanggar. Ketua Pengarah…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RCI Tabung Haji: Hormati titah YDPA, jangan cipta persepsi

RCI Tabung Haji: Hormati titah YDPA, jangan cipta persepsi

Wisma Putra terima laporan 11 rakyat Malaysia terputus hubungan di Nepal

Wisma Putra terima laporan 11 rakyat Malaysia terputus hubungan di Nepal

Peniaga Dataran Kampung Wai kecewa dakwa terima notis roboh gerai

Peniaga Dataran Kampung Wai kecewa dakwa terima notis roboh gerai

Pengeluar komponen automotif perlu teroka teknologi robot humanoid

Pengeluar komponen automotif perlu teroka teknologi robot humanoid

JKDM Sabah gagalkan sembilan cubaan seludup minuman keras bernilai RM4.15 juta

JKDM Sabah gagalkan sembilan cubaan seludup minuman keras bernilai RM4.15 juta

Pelajar cemerlang UIAM perlu RM20,000 untuk visa, sambung pengajian ke UK

  • By Fatin
  • August 26, 2026
Pelajar cemerlang UIAM perlu RM20,000 untuk visa, sambung pengajian ke UK