Pakistan sekutu besar dalam potensi pelaburan ekonomi

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan Pakistan sebagai sekutu rapat yang mempunyai potensi besar dalam pelaburan dan ekonomi dua negara.

Beliau berkata, negara itu mempunyai kemampuan yang sangat besar dalam pelbagai sektor serta industri seperti mineral, makanan, teknologi dan tenaga diperbaharui, yang mampu dikongsi bersama Malaysia.

Sebagai imbalan, katanya, Malaysia boleh berkongsi pengalaman dan kepakaran dalam pelbagai bidang dengan Pakistan khususnya berkaitan industri semikonduktor kerana sudah menjadi hub penting dalam sektor berkenaan.

“Malaysia mempunyai kebergantungan besar dalam pelaburan dengan pelbagai negara seperti Eropah dan China, tetapi kita juga menyedari potensi yang ada di negara lain seperti Pakistan yang saya anggap sebagai sekutu rapat.

“Negara ini mempunyai potensi dalam pelbagai bidang seperti mineral, makanan, teknologi dan industri malah dalam tenaga diperbaharui… kita boleh bersama-sama berkongsi dalam sektor yang ada dan membawa ekonomi kedua-dua negara ke tahap yang lebih tinggi di masa depan,” katanya dalam satu temu bual di Islamabad, Pakistan yang disiarkan di stesen televisyen PTV, malam tadi.

Anwar mengadakan lawatan selama tiga hari dari Rabu sehingga semalam ke Pakistan untuk memperkukuh hubungan Malaysia-Pakistan menerusi perbincangan strategik bagi meningkatkan kerjasama dua hala.

Dalam perkembangan sama, ditanya mengenai kejayaan Malaysia dalam menyokong perusahaan kecil dan sederhana (PKS), Anwar berkata, ia perlu dilaksanakan memandangkan perniagaan itu menjadi sebahagian nadi penting ekonomi negara.

“Minggu lalu, Oracle baru sahaja mengumumkan perancangan untuk melabur sebanyak lebih US$6.5 bilion (RM27 bilion). Ini bermakna kita mampu memilih 40 ke 50 peratus daripada 67 peratus perusahaan PKS untuk disokong oleh pelbagai agensi bagi tujuan pemodalan sama ada dalam pasaran domestik atau luar negara.

“(Di Malaysia) PKS kebanyakannya seakan tidak dihiraukan kerana banyak yang tidak menonjol namun ia mempunyai potensi yang besar,” katanya.

Related Posts

FELDA disaran selesai isu lapuk dihadapi peneroka

PUTRAJAYA – Datuk Seri Anwar Ibrahim menyarankan FELDA menyelesaikan isu berkaitan peneroka khususnya membabitkan perumahan generasi kedua dan pemilikan tanah. Perdana Menteri berkata, badan kemajuan itu perlu berusaha menyelesaikan setiap…

Lebih lanjut

teruskan membaca
FELCRA agih untung interim 1 2026 RM126.9 juta

MARAN – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini mengumumkan agihan Keuntungan Boleh Agih Interim 1 Tahun 2026 FELCRA Bhd berjumlah RM126.9 juta. Ahmad Zahid berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Elia Nadira tekad bawa politik nilai, didik masyarakat dan utamakan khidmat di Tenang

Elia Nadira tekad bawa politik nilai, didik masyarakat dan utamakan khidmat di Tenang

Pengalaman sedekad sebagai peguam kelebihan fahami dasar, undang-undang – Kartiyaini

Pengalaman sedekad sebagai peguam kelebihan fahami dasar, undang-undang – Kartiyaini

Haniff Hosman eratkan silaturahim bersama jemaah Surau Kampung Dalam

Haniff Hosman eratkan silaturahim bersama jemaah Surau Kampung Dalam

BN jangan jadikan program jelajah TVET bahan kempen politik – Alan

BN jangan jadikan program jelajah TVET bahan kempen politik – Alan

Wanita lakukan kekerasan terhadap Sultan Perak didenda RM500

Wanita lakukan kekerasan terhadap Sultan Perak didenda RM500

FELDA disaran selesai isu lapuk dihadapi peneroka

FELDA disaran selesai isu lapuk dihadapi peneroka