179 mualaf, pekerja e-hailing terima Bakti Negeri Pahang

KUANTAN – Program Bakti Negeri (BN) Pahang diperkenalkan sejak April lalu, terus menyantuni 179 penerima di sekitar daerah ini, hari ini.

Sesi penyampaian sumbangan BN Pahang yang berlangsung pagi tadi dan semalam di Masjid Tepian Putra, dekat bandar raya Kuantan, dilakukan Ahli Dewan Undangan Negeri (Lantikan) Pahang, Datuk Ahmad Irshadi Abdullah Al-Qari.

Beliau memberitahu, seramai 70 mualaf menerima BN Pahang untuk sesi semalam, manakala 109 pekerja e-hailing menerusi bantuan masing-masing hari ini.

“Kita anjurkan program ini selama dua hari memandangkan jumlah penerima agak ramai, jadi kita buat dalam dua sesi berasingan.

“Alhamdulillah kedua-dua sesi berjalan dengan lancar hasil kerjasama baik oleh Ahli Jawatankuasa Masjid Tepian Putra.

“Dalam masa sama, saya mengambil peluang untuk merakamkan ucapan terima kasih kepada Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Diraja Wan Rosdy Wan Ismail atas inisiatif beliau memperkenalkan bantuan seumpama ini,” katanya.

Beliau memaklumkan, setiap penerima BN Pahang mendapat pek beras bersama barangan keperluan asas yang lain.

Secara umumnya, katanya, kerajaan Pahang memperuntukan antara RM10,000 hingga RM15,000 setiap minggu bagi memastikan program BN Pahang dapat dilaksanakan.

“Ianya disampaikan di seluruh negeri setiap minggu merangkumi 42 kawasan Dewan Undangan Negeri dan pada dasarnya, BN Pahang ini bertujuan membantu golongan sasar seperti B40.

“Kita harap program seperti ini dapat meringankan bebanan mereka dalam mendapani isu kenaikan kos sara hidup ketika ini, susulan konflik berterusan di Asia Barat,” jelasnya.

Related Posts

105 penduduk pindah ke PPS akibat banjir kilat

BENTONG – Seramai 105 mangsa termasuk 34 kanak-kanak dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan (SK) Janda Baik selepas hujan lebat mencetuskan banjir kilat di Kampung Janda Baik,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Keselamatan pelancong tidak boleh dikompromi – Jafry

KOTA KINABALU – Kerajaan Sabah mengarahkan pemeriksaan segera terhadap sebuah pusat peranginan di Semporna, susulan kejadian seorang pelancong wanita warga China dipercayai diceroboh dan dicabul di bilik penginapannya. Menteri Pelancongan,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

105 penduduk pindah ke PPS akibat banjir kilat

105 penduduk pindah ke PPS akibat banjir kilat

Hak Terengganu bukan tiket untuk Pas kuasai Putrajaya

Hak Terengganu bukan tiket untuk Pas kuasai Putrajaya

Keselamatan pelancong tidak boleh dikompromi – Jafry

  • By Ezmie
  • September 21, 2026
Keselamatan pelancong tidak boleh dikompromi – Jafry

Politeknik bakal perluas tawaran ijazah, lima lagi institusi dikenal pasti

Politeknik bakal perluas tawaran ijazah, lima lagi institusi dikenal pasti

Purata gaji rakyat Malaysia naik 4.1 peratus kepada RM3,803 pada 2025 – DOSM

Purata gaji rakyat Malaysia naik 4.1 peratus kepada RM3,803 pada 2025 – DOSM

Jalan akses RM170 juta bakal hubungkan Limpaku Pinang menjelang 2029

Jalan akses RM170 juta bakal hubungkan Limpaku Pinang menjelang 2029