Semarak Bulan Kebangsaan, barisan pendidik terapkan nilai patriotisme di bilik darjah

KUCHING – Menjelang sambutan Hari Kebangsaan ke-69 dan Hari Malaysia ke-63, bahang semangat patriotisme kini semakin hangat dirasai di seluruh pelosok negara. 

Nilai kecintaan terhadap tanah air ini bukan sahaja perlu dihayati oleh golongan dewasa, malah ia merupakan satu tanggungjawab hakiki untuk disemai ke dalam jiwa luhur generasi muda. 

Bagi menterjemahkan aspirasi negara merdeka tersebut, barisan pendidik tampil memainkan peranan yang amat kritikal sebagai arkitek pembina sahsiah anak bangsa yang cintakan keamanan dan kemakmuran.

Menyahut seruan tersebut, para guru di Sekolah Kebangsaan (SK) Matang mengambil inisiatif proaktif bagi memastikan sambutan Bulan Kebangsaan pada tahun ini bukan sekadar satu acara perayaan tahunan, sebaliknya diangkat sebagai medan praktikal untuk mendidik erti kemerdekaan yang sebenar.

Bagi guru, Kelly Sim Boon Hui, 34, pendekatan yang diambil melibatkan penerapan tahap disiplin dan rasa hormat bermula daripada perkara yang paling asas di sekolah. 

Beliau menjadikan aktiviti menghias kelas sebagai satu medium serampang dua mata untuk mengajar pelajar tentang nilai kenegaraan.

“Selain menghias kelas bersama-sama murid, saya amat menekankan etika ketika menyanyikan lagu Negaraku semasa perhimpunan rasmi. Mereka diajar untuk berdiri tegak dengan posisi tangan yang betul di sisi badan sebagai tanda hormat mutlak kepada lagu kebangsaan kita.”

Tambahnya, walaupun perkara tersebut kelihatan sangat ringkas dan kecil, pendedahan awal berhubung tatacara menghormati bendera dan identiti negara secara tidak langsung dapat mendidik generasi muda mempraktikkan nilai menghargai negara. 

Beliau turut memuji inisiatif pihak pengurusan sekolah yang merangka pelbagai aktiviti sewaktu majlis pelancaran Bulan Kebangsaan bagi memberi hala tuju yang jelas kepada murid.

Sementara itu, bagi guru kelas, Nur RabiatulAdawiah Norman, 24, pelbagai pengisian kempen seperti kuiz kemerdekaan dan pertandingan keceriaan kelas telah digerakkan bagi menyuburkan kelestarian sejarah dalam kalangan pelajar.

Menurut guru yang mesra disapa sebagai Ustazah Adawiah itu, inisiatif mempamerkan tokoh-tokoh pemimpin negara amat penting bagi membolehkan murid menjiwai sejarah perjuangan kemerdekaan tanah air.

“Kami berusaha memastikan pelajar mengenali susur galur kepimpinan negara, bermula daripada Bapa Kemerdekaan sehinggalah kepada barisan Perdana Menteri pada hari ini supaya mereka benar-benar faham betapa susahnya perjalanan untuk kita mencapai kemerdekaan.”

Dalam pada itu, seorang lagi pendidik berpengalaman, Mohd Hassanel Tahir, 47, turut menzahirkan keyakinan bahawa kemeriahan bulan yang penuh bersejarah ini akan terus menyuntik inspirasi baharu buat seluruh ekosistem pendidikan.

“Harapan saya semoga sambutan bulan kemerdekaan pada tahun ini akan membakar dan menyemarakkan lagi semangat kita sebagai warga pendidik di Malaysia.”

Related Posts

AI Talks Edisi Ke-2 perkasa literasi digital komuniti sempena Hari Malaysia

KUCHING – Usaha memacu literasi digital dan pemahaman tentang teknologi kecerdasan buatan (AI) dalam kalangan komuniti terus diperhebat menerusi penganjuran program AI Talks Edisi Ke-2 yang berlangsung di Atrium Utama…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pelaksanaan MA63 terus diperkasa sebagai agenda nasional – Mustapha

KOTA KINABALU – Kerajaan MADANI terus memperkukuh pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) sebagai agenda nasional menerusi rundingan dan kerjasama antara Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Sabah serta Kerajaan Sarawak. Menteri di Jabatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tiada kompromi, sindiket e-PLKS palsu diburu hingga tumpas – Saifuddin

Tiada kompromi, sindiket e-PLKS palsu diburu hingga tumpas – Saifuddin

AI Talks Edisi Ke-2 perkasa literasi digital komuniti sempena Hari Malaysia

AI Talks Edisi Ke-2 perkasa literasi digital komuniti sempena Hari Malaysia

Pelaksanaan MA63 terus diperkasa sebagai agenda nasional – Mustapha

  • By Ezmie
  • September 16, 2026
Pelaksanaan MA63 terus diperkasa sebagai agenda nasional – Mustapha

Netizen bangga PMX tidak ‘termakan’ soalan provokasi isu Gaza, Israel

Netizen bangga PMX tidak ‘termakan’ soalan provokasi isu Gaza, Israel

PRU16: Demi rakyat atau elak lebih ramai pemimpin UMNO didakwa rasuah?

PRU16: Demi rakyat atau elak lebih ramai pemimpin UMNO didakwa rasuah?

Lima ditahan ganggu tugas penguat kuasa di Tasek Bera

Lima ditahan ganggu tugas penguat kuasa di Tasek Bera