Persediaan negara tua 2036, KPWKM sasar lahirkan 50,000 penjaga mahir

KUCHING – Kerajaan memperuntukkan RM8 juta kepada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) menerusi Belanjawan MADANI 2026 bagi memperkukuh sektor penjagaan negara.

Menterinya, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, daripada jumlah tersebut, sebanyak RM3 juta dikhususkan untuk program latihan penjaga, manakala RM5 juta lagi bagi tujuan pembangunan piawaian penjagaan.

Menurut beliau, persediaan awal itu amat penting memandangkan Malaysia dijangka beralih ke fasa negara tua menjelang tahun 2036, dengan unjuran penduduk berumur 60 tahun ke atas bakal melebihi 15 peratus.

“Penjagaan tidak boleh dilihat sebagai satu kos semata-mata, sebaliknya ia merupakan pelaburan berharga kepada modal insan, keluarga, dan negara,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap menyempurnakan Majlis Perasmian Inisiatif Sektor Penjagaan di bawah Belanjawan MADANI 2026 dan Kempen Penjagaan pada Isnin.

Dalam perkembangan sama, Nancy memaklumkan bahawa KPWKM menyasarkan untuk melahirkan 50,000 penjaga berkemahiran menjelang 2030 melalui Kerangka Strategik dan Pelan Tindakan Penjagaan Malaysia 2026–2030.

Tambahnya, kerajaan turut membangunkan Piawaian Penjagaan Nasional Warga Emas dan Orang Kurang Upaya (OKU) bagi menjamin penyampaian perkhidmatan yang selamat, berkualiti, serta memelihara maruah individu.

Pada majlis tersebut, beliau turut melancarkan Kempen Penjagaan KPWKM bertemakan “Ilmu Menjaga, KASIH Dirasa” yang menekankan kepentingan ilmu, kemahiran, dan nilai kemanusiaan.

Jelasnya, nilai KASIH merangkumi aspek Kasih Sayang, Akhlak, Sihat dan Selamat, Ilmu, serta Harmoni yang perlu diterapkan secara menyeluruh dalam institusi keluarga dan komuniti.

“Penjagaan bukan hanya tanggungjawab sesebuah kementerian atau ahli keluarga tertentu sahaja. Penjagaan adalah tanggungjawab kita bersama,” tegasnya.

Related Posts

KRT Sandakan, Libaran perkukuh perpaduan masyarakat pelbagai kaum – Suhaimi

SANDAKAN – Komuniti Rukun Tetangga (KRT) di daerah ini dan kawasan Libaran memainkan peranan penting dalam memperkukuh perpaduan serta mengeratkan hubungan masyarakat pelbagai kaum. Ahli Parlimen Libaran, Datuk Suhaimi Nasir…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerajaan MADANI rasmi serah Pelabuhan Bintulu kepada Sarawak

KUCHING – Komitmen Kerajaan MADANI dalam memperkasakan hak dan tuntutan di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dimanifestasikan sepenuhnya apabila pentadbiran Pelabuhan Bintulu kini diserahkan secara rasmi kepada kerajaan Sarawak berkuat…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

‘Tetamu Istimewa’ muncul di belakang rumah penduduk Kampung Geliga

‘Tetamu Istimewa’ muncul di belakang rumah penduduk Kampung Geliga

KRT Sandakan, Libaran perkukuh perpaduan masyarakat pelbagai kaum – Suhaimi

  • By Fandi
  • September 16, 2026
KRT Sandakan, Libaran perkukuh perpaduan masyarakat pelbagai kaum – Suhaimi

Kerajaan MADANI rasmi serah Pelabuhan Bintulu kepada Sarawak

Kerajaan MADANI rasmi serah Pelabuhan Bintulu kepada Sarawak

Ketika Najib, Abdul Hadi berkuasa Rohingya dibawa masuk

Ketika Najib, Abdul Hadi berkuasa Rohingya dibawa masuk

Pimpin Kerajaan MADANI tidak sama gambaran perjuangan reformasi terdahulu

Pimpin Kerajaan MADANI tidak sama gambaran perjuangan reformasi terdahulu

‘Wan Azizah banyak urus keluarga, saya bukan bapa ideal’ – PMX

‘Wan Azizah banyak urus keluarga, saya bukan bapa ideal’ – PMX