Kerajaan akan bentang RUU entiti milik kerajaan dalam tempoh terdekat 

AYER KEROH – Rang Undang-Undang (RUU) berkaitan entiti milik kerajaan akan dibentangkan kepada Jemaah Menteri dalam masa terdekat demi memperkasa tatakelola agensi berkenaan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, langkah terbabit bagi memastikan semua entiti milik kerajaan tertakluk kepada kaedah dan peraturan yang ditetapkan serta tidak bertindak seolah-olah bebas daripada kawal selia.

Menurut beliau, keperluan itu antara lain mengambil kira pengalaman lalu membabitkan kelemahan tatakelola dalam aktiviti pelaburan agensi kerajaan.

“Maka saya akan bentangkan ke Jemaah Menteri dalam masa singkat, State-Owned Enterprise, satu kaedah RUU entiti milik kerajaan supaya semua mesti ikut.

“Dia kena ikut kaedah, peraturan. Ini baru kita sebut good governance dan itu cara kita tangani masalah. Bukan bebel, ambil tindakan,” katanya ketika ucapan penggulungan pada Kongres Nasional Keadilan 2026 di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), pada Ahad.

Dalam pada itu Anwar yang juga Pengerusi PKR berkata, Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim turut menitahkan supaya siasatan diteruskan terhadap semua agensi yang mempunyai masalah selepas Tabung Haji (TH) dan FELDA.

Beliau memaklumkan, Seri Paduka Baginda menghubunginya awal pagi tadi selepas mendengar kenyataannya semalam, mengenai perkenan supaya siasatan dijalankan terhadap Tabung Haji dan FELDA.

“Tuanku beri titah kepada saya menerusi telefon dan Baginda dengar kata-kata saya semalam mengenainya dan saya singgung tentang perkenan Tuanku supaya disiasat Tabung Haji dan FELDA.

“Dan Baginda sebut, kata selesai Tabung Haji, sambung FELDA dan sambung pula semua agensi-agensi yang ada masalah,” tambahnya.

Terdahulu, Anwar turut memberi jaminan perubahan akan dilaksanakan susulan penelitian terhadap isu Tabung Haji, termasuk pindaan terhadap Akta Tabung Haji 1995 (Akta 535) mengikut keperluan.

Related Posts

Pemansuhan AUKU: Mahasiswa tidak lagi dihukum kerana bersuara

KUALA LUMPUR – Parti Amanah Negara (AMANAH) menyokong penuh hasrat kerajaan memansuhkan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971, seperti diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 15 Ogos…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pemansuhan AUKU realisasi perjuangan Anwar sejak zaman mahasiswa

PEMANSUHAN Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU) disifatkan sebagai realisasi perjuangan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, sejak beliau menjadi aktivis mahasiswa. Penganalisis politik Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kilang pasang Jalur Gemilang, bendera Johor terbalik diarah tutup serta-merta

Kilang pasang Jalur Gemilang, bendera Johor terbalik diarah tutup serta-merta

Lelaki ugut cederakan individu guna pedang direman

Lelaki ugut cederakan individu guna pedang direman

Pas, PN perlu buktikan kemampuan tadbir negara, bukan sekadar retorik – Ibrahim Ali

Pas, PN perlu buktikan kemampuan tadbir negara, bukan sekadar retorik – Ibrahim Ali

RM4.3 juta diluluskan untuk tiga hospital di Sabah

RM4.3 juta diluluskan untuk tiga hospital di Sabah

Pemansuhan AUKU: UNIMAS sambut baik usaha KPT perkasa perundangan pendidikan tinggi

Pemansuhan AUKU: UNIMAS sambut baik usaha KPT perkasa perundangan pendidikan tinggi

Pusat Jantung Sabah dijangka beroperasi suku ketiga 2029

  • By Fatin
  • August 17, 2026
Pusat Jantung Sabah dijangka beroperasi suku ketiga 2029