Institusi strategik negara perlu diperkukuh dengan tadbir urus cekap

AYER KEROH – Parti Keadilan Rakyat (PKR) mahu institusi strategik yang mengurus kepentingan rakyat seperti Lembaga Tabung Haji (TH), Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) dan Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (FELCRA) diperkukuh menerusi tadbir urus yang berintegriti, telus dan cekap.

Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata, institusi berkenaan perlu dipastikan kekal berfungsi untuk melindungi kepentingan rakyat dan tidak lagi terdedah kepada ketirisan, salah urus atau penyalahgunaan.

Menurutnya, usaha memulihkan serta memperkukuh institusi berkenaan mesti disertai komitmen kerajaan untuk membanteras rasuah, ketirisan dan pembaziran secara menyeluruh.

“Setiap ringgit yang diselamatkan daripada rasuah, ketirisan dan pembaziran ialah ringgit yang boleh dikembalikan kepada rakyat melalui pendidikan, kesihatan, pengangkutan, perumahan dan perlindungan sosial,” katanya ketika membahaskan Ucapan Dasar Presiden pada Kongres Nasional Tahunan PKR di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), di sini hari ini.

Fahmi berkata, setiap usaha membaik pulih institusi strategik negara perlu memberi manfaat secara langsung kepada rakyat, khususnya menerusi pengurusan sumber awam yang lebih berkesan.

Dalam pada itu, beliau berkata, PKR mahu agenda gaji bermaruah terus menjadi antara keutamaan bagi memastikan pekerja memperoleh pendapatan yang sepadan dengan tuntutan kehidupan dan peningkatan kos sara hidup.

Katanya, penetapan kadar gaji minimum tidak boleh dilihat sebagai langkah sekali sahaja, sebaliknya perlu dinilai secara berkala berdasarkan produktiviti, kos sara hidup, keadaan perusahaan serta keperluan tenaga kerja.

“Dasar gaji progresif dan pembangunan kemahiran hendaklah diperkasa agar kenaikan gaji berlaku secara mampan dan tidak berhenti pada kadar minimum semata-mata,” katanya.

Beliau berkata, pengukuhan kemahiran pekerja serta pelaksanaan dasar gaji yang lebih progresif penting bagi memastikan peningkatan pendapatan dapat berlaku secara berterusan dan memberi manfaat kepada golongan pekerja.

Related Posts

PKR tumpu pengukuhan parti, tidak terheret isu DAP

AYER KEROH – PKR  kekal memberi tumpuan kepada usaha memperkukuh gerak kerja jentera dan memperbaiki parti, tanpa terheret dengan perkembangan membabitkan parti komponen Pakatan Harapan (PH). Ketua Penerangan PKR, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PKR ambil serius teguran akar umbi, perkasa strategi komunikasi

AYER KEROH – Teguran dan pandangan yang disuarakan akar umbi pada Kongress Nasional Keadilan diambil serius oleh PKR, termasuk dalam tindakan memperkasa strategi komunikasi parti. Ketua Penerangan PKR, Datuk Seri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PKR tumpu pengukuhan parti, tidak terheret isu DAP

PKR tumpu pengukuhan parti, tidak terheret isu DAP

Pemilik haiwan digalak beri vaksin rabies setiap tahun

Pemilik haiwan digalak beri vaksin rabies setiap tahun

PKR ambil serius teguran akar umbi, perkasa strategi komunikasi

PKR ambil serius teguran akar umbi, perkasa strategi komunikasi

Lepas Tabung Haji, RCI FELDA bukti Anwar laksana tindakan tidak popular demi kepentingan rakyat

Lepas Tabung Haji, RCI FELDA bukti Anwar laksana tindakan tidak popular demi kepentingan rakyat

Institusi strategik negara perlu diperkukuh dengan tadbir urus cekap

Institusi strategik negara perlu diperkukuh dengan tadbir urus cekap

Putra alu-alukan pemansuhan AUKU, anggap kemenangan kebebasan mahasiswa

Putra alu-alukan pemansuhan AUKU, anggap kemenangan kebebasan mahasiswa