Lepas Tabung Haji, RCI FELDA bukti Anwar laksana tindakan tidak popular demi kepentingan rakyat

AYER KEROH – Tindakan tidak popular yang sedang dilaksanakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi Siasatan Suruhanjaya Diraja (RCI) mempamerkan keberanian beliau dalam mengambil tindakan mereformasi agensi kerajaan demi kepentingan masyarakat awam dan negara.

Setiausaha Politik kepada Menteri Kewangan, Muhammad Kamil Abdul Munim berkata, keputusan kerajaan meneruskan pendekatan terbabit terhadap institusi tertentu termasuk Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) dan Majlis Amanah Rakyat (MARA) tidak seharusnya dinilai berdasarkan populariti atau sokongan politik semata-mata.

Sebaliknya, katanya, rakyat berhak mengetahui perkara sebenar yang berlaku dalam institusi yang selama ini berperanan menjaga dan membela kepentingan orang Melayu, terutama jika terdapat persoalan berkaitan pengurusan dan kerugian dana dalam jumlah besar.

“Ini bukan soal dendam (Anwar), apa sahaja yang kita buat itu tidak akan mampu untuk memberikan kesenangan kepada semua pihak. Akan ada kelompok dan pihak tertentu tidak bersetuju dengan langkah dan juga tindakan yang diambil tapi sebagai pemimpin, meskipun satu-satu keputusan itu tidak popular, tapi ianya adalah satu keputusan yang dibuat berdasarkan tanggungjawab pemimpin itu sendiri. 

“Seperti mana bila kita laksanakan subsidi petrol bersasar. Ramai yang telah menjanjikan hal yang sama tapi tak semua mampu untuk laksanakan kerana langkah itu dilihat sebagai langkah yang tidak popular dan akan memberi kesan kepada pemerintah tetapi di bawah Kerajaan MADANI ini, di bawah kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim, kita berjaya lakukan itu.

“Meskipun bukan pendekatan yang popular, tetapi sangat bertanggungjawab kerana kita telah berjaya menjimatkan puluhan bilion wang rakyat dan daripada situ kita boleh agihkan dan belanjakan kepada hal-hal yang lain yang dapat memberi manfaat yang lebih baik kepada rakyat,” katanya kepada The Malaysia Press (TMP) ketika ditemui pada Kongres Nasional Keadilan 2026 di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), pada Sabtu.

Mengulas lanjut, Muhammad Kamil yang juga Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) PKR memaklumkan, keperluan untuk RCI dilaksana secara menyeluruh, khususnya terhadap institusi yang menjaga kepentingan orang Melayu bagi mengenal pasti secara tuntas punca sebenar kerugian besar dan kelemahan pengurusan yang berlaku.

“Ini penting kerana kita lihat institusi-institusi yang menjaga dan membela orang Melayu ni untuk sekian lamanya sentiasa dilaporkan mengalami kerugian dan hampir lumpuh. Jadi harus ada tindakan yang tuntas untuk benar-benar melihat kepada permasalahan. 

“Dia tak boleh repair sana dan sini, dia kena lihat, kena buat bedah dan kaji sebenarnya apa permasalahan yang berlaku dalam institusi ini sehingga mengakibatkan kerugian… kemungkinan bilion ataupun belasan atau puluhan bilion ringgit yang akhirnya akan merugikan rakyat dan juga negara,” katanya.

Related Posts

PKR ambil serius teguran akar umbi, perkasa strategi komunikasi

AYER KEROH – Teguran dan pandangan yang disuarakan akar umbi pada Kongress Nasional Keadilan diambil serius oleh PKR, termasuk dalam tindakan memperkasa strategi komunikasi parti. Ketua Penerangan PKR, Datuk Seri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Institusi strategik negara perlu diperkukuh dengan tadbir urus cekap

AYER KEROH – Parti Keadilan Rakyat (PKR) mahu institusi strategik yang mengurus kepentingan rakyat seperti Lembaga Tabung Haji (TH), Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) dan Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pemilik haiwan digalak beri vaksin rabies setiap tahun

Pemilik haiwan digalak beri vaksin rabies setiap tahun

PKR ambil serius teguran akar umbi, perkasa strategi komunikasi

PKR ambil serius teguran akar umbi, perkasa strategi komunikasi

Lepas Tabung Haji, RCI FELDA bukti Anwar laksana tindakan tidak popular demi kepentingan rakyat

Lepas Tabung Haji, RCI FELDA bukti Anwar laksana tindakan tidak popular demi kepentingan rakyat

Institusi strategik negara perlu diperkukuh dengan tadbir urus cekap

Institusi strategik negara perlu diperkukuh dengan tadbir urus cekap

Putra alu-alukan pemansuhan AUKU, anggap kemenangan kebebasan mahasiswa

Putra alu-alukan pemansuhan AUKU, anggap kemenangan kebebasan mahasiswa

Anak muda PKR hayati kandungan Deklarasi Permatang Pauh, reformasi tidak boleh terburu-buru

Anak muda PKR hayati kandungan Deklarasi Permatang Pauh, reformasi tidak boleh terburu-buru