Pas jinak bila UMNO dilanda skandal?

Oleh: Fathi Aris Omar

SEJAK berterbangan tohmahan Pas terima RM90 juta, sejak itulah saya ragui Pas boleh benar-benar serius mahu melawan skandal UMNO.

Kemudian muncul berita Pas tidak teruskan saman terhadap Sarawak Report berhubung tohmahan terima dana daripada UMNO. Lagi saya ragui.

Dan memang sejak kecoh skandal kewangan terbesar 1MDB pada 2015, Pas tidak lagi garang menyeringai serang kerajaan Datuk Seri Najib Razak.

Jadi jika Pas cepat puas hati tatakelola Tabung Haji, 1MDB dan dana lain yang disyaki terseleweng, memang tidak pelik.

Apatah lagi mereka boikot sesi penerangan laporan RCI Tabung Haji di Parlimen minggu ini. Memang tidak pelik kalau kita kenal dan tahu rahsia Pas.

Hujah PMX tidak datang dan mesyuarat khas hanya buang masa hanyalah alasan. Kata kawan saya, alasan boleh dikutip di tepi longkang.

Macam hujah presiden Pas tidak mahu ikut serta Bersih 5 dengan guna dalil ia ganggu keamanan. Macamlah Tan Sri Abdul Hadi Awang tidak pernah ikut serta pelbagai demo bersama Barisan Alternatif (BA) dan Pakatan Rakyat (PR).

Tahun 2015 ini tahun krisis dalam Pas dan juga krisis Pas-DAP. Maka ia kekok untuk ikut serta Bersih 4 yang paling aman dan meriah. Demo ini dianjur ketika skandal 1MDB tengah gelegak.

Tetapi kemesraan Pas dengan UMNO dan Najib bukan bermula selepas tinggalkan PR. Bukan. Pakatan sulit ini bermula hampir (atau lebih?) 10 tahun lebih awal lagi tetapi diam-diam.

Kebanyakan orang Pas sedar pakatan sulit ini, digelar UG (unity government), selepas terbentuk PR susulan kemenangan empat negeri pada 2008.

Khasnya terbocor rundingan Pas-UMNO dekat gedung Parlimen sejurus selepas pilihan raya umum (PRU) 8 Mac 2008. Abdul Hadi mahu hadir tetapi dinasihat tidak pergi.

Rundingan ini mahu merintis jalan kerajaan Pas- UMNO di Selangor dengan membelakangkan kerjasama asal, Pas + PKR bersama DAP.

Tetapi di portal lama saya bekerja, kami ada maklumat lain lebih awal. Seorang pemimpin Pas tersilap sebut pakatan Pas-UMNO dalam wawancara dengan portal ini pada 2007. Tahu isu itu cukup sensitif, beliau minta portal itu buang bahagian itu.

Kerajaan Najib berjaya jinakkan Pas sewaktu negara dilanda skandal 1MDB yang terseret sama Tabung Haji. Mereka menikus dan manja. Ada kenyataan tetapi macam merengek manja.

Yang lantang, dua tokoh muda PR; Datuk Seri Rafizi Ramli dan Tony Pua. Rafizi misalnya bantah sejak Mac 2015 lagi. Malah ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim serang 1MDB seawal 2010 dalam ceramah. Pada 2011, beliau bangkitkan di Parlimen.

Sebab itu mudah wujud Muafakat Nasional. Sebab itu Abdul Hadi ziarah Najib di kediamannya apabila didapati bersalah kes pertama, seleweng dana SRC. Macam ziarah sahabat yang kesakitan.

Malah ada khabar Gagasan Sejahtera yang diterajui Pas untuk cipta saingan tiga penjuru pada PRU 2018 itu ada bantuan atau pakatan dengan UMNO!

Tidak lama kemudian muncul pula rakaman audio Nik Abduh Nik Abdul Aziz, mendakwa sudah biasa Pas menerima jutaan ringgit daripada UMNO. Mulanya beliau nafi suara beliau.

Tetapi awal 2019, setiausaha agung Datuk Seri Takiyuddin Hassan akui suara itu memang suara anak Nik Abdul Aziz. Namun akui duit “orang UMNO” pula!

Semua ini boleh jadi sahih, keliru atau tidak pasti. Tetapi ia cetus rasa ragu saya tentang Pas. Bukan soal terima dana UMNO tetapi sikap jinak Pas terhadap skandal walau ia parti pembangkang.

Ganjil, kan? Pembangkang jinak. Soal kerjasama dengan UMNO atau terima dana UMNO, kalau tanya saya, saya tidak kisah dan tidak hairan. Jika dana itu bukan daripada dana awam.

Itu hak Pas untuk hidup dalam persaingan politik.

Yang menimbulkan tanda tanya, Pas tidak lagi agresif menuntut tanggungjawab UMNO dalam isu penyelewengan dana awam sejak ia makin mesra dengan UMNO, termasuk dalam isu Rohingya dulu.

Bayangkan jika Pas kongsi kuasa dengan UMNO nanti. Apakah sikap Pas berdepan skandal?

Saya tidak boleh bayangkan bagaimana menjadi pemimpin atau aktivis gerakan Islam yang boleh tidur lena dengan skandal dalam ummah.

Saya tidak boleh bayangkan bagaimana tahajud dan doa mereka sewaktu sujud berdepan Tuhan.

*Penulis adalah aktivis, penulis buku dan sentiasa mengutarakan isu semasa di media sosialnya

Related Posts

Etika berpolitik: Dari politik ketakutan kepada politik penyelesaian

Oleh: Moaz Nair BERPOLITIK atas nama agama dan bangsa tidak sepatutnya dilakukan dengan menabur fitnah atau melemparkan tuduhan melulu terhadap mana-mana kaum. Tular baru-baru ini dakwaan oleh seorang pemimpin agama…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Keluar Dewan masuk TikTok, ini ‘level’ Ahli Parlimen pembangkang?

SAYANG seribu kali sayang, sudah ada kelebihan namun tidak digunakan. Begitulah boleh diumpamakan terhadap sebahagian Ahli Parlimen pembangkang yang bertindak keluar Dewan Rakyat ketika ruang untuk membahaskan Laporan Suruhanjaya Siasatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Karnival Agrikomuniti MADANI sedia platform bantu tingkat pendapatan pekebun kecil

Karnival Agrikomuniti MADANI sedia platform bantu tingkat pendapatan pekebun kecil

Ahli PKR sertai Bersama tidak jejas kekuatan parti – AMK

Ahli PKR sertai Bersama tidak jejas kekuatan parti – AMK

ECRL Kota Bharu-Gombak disasar beroperasi Disember ini

ECRL Kota Bharu-Gombak disasar beroperasi Disember ini

BAS.MY Kota Kinabalu beroperasi sepenuhnya di lapan laluan

  • By Ezmie
  • August 14, 2026
BAS.MY Kota Kinabalu beroperasi sepenuhnya di lapan laluan

PKR Pahang tunggu penjelasan penganjur program di Cenderawasih

PKR Pahang tunggu penjelasan penganjur program di Cenderawasih

Perkembangan ekonomi Malaysia tidak bergantung AI, semikonduktor – BNM

Perkembangan ekonomi Malaysia tidak bergantung AI, semikonduktor – BNM