Empat lelaki dipenjara lapan bulan kerana tebang pokok, ceroboh Santuari Hidupan Liar Kinabatangan

SANDAKAN – Empat lelaki dijatuhkan hukuman penjara selama lapan bulan di Mahkamah Sesyen di sini, selepas mengaku bersalah atas dua pertuduhan menebang pokok dan menceroboh kawasan Santuari Hidupan Liar Kinabatangan.

Tertuduh, Nasir Abdullah, Parihin Ariffin, Arif Ariffin dan Firman Tompo yang tidak mempunyai tanpa dokumen pengenalan diri membuat pengakuan bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadap mereka di hadapan Hakim Roslinda Razali, pada Jumaat.

Menurut pertuduhan pertama, pada jam 11.31 pagi Selasa lalu, di Santuari Hidupan Liar Hilir Kinabatangan Lot 4, kesemua tertuduh didapati menebang pokok di dalam kawasan berkenaan tanpa kebenaran yang sah.

Sementara itu, bagi pertuduhan kedua pula, pada waktu dan tempat yang sama, kesemua mereka didapati menceroboh kawasan berkenaan.

Sehubungan itu, kesemua tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 17(1)(a) dan 15(1) Enakmen Pemeliharaan Hidupan Liar 1997, yang boleh dihukum di bawah pindaan Subseksyen 17(3) dan 15(4) serta Seksyen 96(7) enakmen sama.

Dalam pada itu, Hakim Roslinda turut memerintah keempat-empat tertuduh diserahkan kepada Jabatan Imigresen selepas selesai menjalani hukuman untuk tindakan selanjutnya.

Prosiding dikendalikan Pegawai Pendakwa Jabatan Hidupan Liar (JHL), Primus Lambut, manakala keempat-empat tertuduh tidak diwakili peguam.

Related Posts

Karnival Agrikomuniti MADANI sedia platform bantu tingkat pendapatan pekebun kecil

SARIKEI – Kerajaan terus memperkukuh sektor agrikomoditi sebagai antara pemacu utama ekonomi negara dengan memastikan golongan pekebun kecil mendapat akses kepada bantuan, teknologi serta peluang pasaran. Menteri Perladangan dan Komoditi,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
ECRL Kota Bharu-Gombak disasar beroperasi Disember ini

GOMBAK – Perkhidmatan Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) Fasa 1 yang menghubungkan Kota Bharu ke Gombak disasarkan mula beroperasi pada Disember ini, lebih awal berbanding jadual asal pada Januari 2027.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Karnival Agrikomuniti MADANI sedia platform bantu tingkat pendapatan pekebun kecil

Karnival Agrikomuniti MADANI sedia platform bantu tingkat pendapatan pekebun kecil

Ahli PKR sertai Bersama tidak jejas kekuatan parti – AMK

Ahli PKR sertai Bersama tidak jejas kekuatan parti – AMK

ECRL Kota Bharu-Gombak disasar beroperasi Disember ini

ECRL Kota Bharu-Gombak disasar beroperasi Disember ini

BAS.MY Kota Kinabalu beroperasi sepenuhnya di lapan laluan

  • By Ezmie
  • August 14, 2026
BAS.MY Kota Kinabalu beroperasi sepenuhnya di lapan laluan

PKR Pahang tunggu penjelasan penganjur program di Cenderawasih

PKR Pahang tunggu penjelasan penganjur program di Cenderawasih

Perkembangan ekonomi Malaysia tidak bergantung AI, semikonduktor – BNM

Perkembangan ekonomi Malaysia tidak bergantung AI, semikonduktor – BNM