Ops Dadah: 9,554 ditangkap, RM50 juta disita bagi tempoh 7 bulan

KUCHING – Tindakan agresif agensi penguatkuasaan di Sarawak membuahkan hasil apabila 9,554 individu ditahan manakala pelbagai jenis dadah bernilai RM50.1 juta dirampas dalam tempoh tujuh bulan pertama tahun ini.

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Datuk Seri Fatimah Abdullah berkata, kejayaan tersebut direkodkan menerusi 7,070 operasi gabungan pelbagai agensi penguatkuasaan.

Ia membabitkan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), Jabatan Kastam Diraja Malaysia dan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Sarawak dengan keseluruhan sitaan 1,376 kilogram dadah mampat serta 6,376 pil terlarang.

Menurut beliau, kejayaan rampasan besar-besaran itu telah berjaya menyekat hampir 1.96 juta kali penggunaan dadah, sekali gus menyelamatkan kira-kira 245,866 individu daripada terjebak.

“Daripada jumlah keseluruhan 9,554 tangkapan yang direkodkan, sebanyak 456 kes melibatkan kesalahan pengedaran, 1,760 kes memiliki dadah, manakala 7,338 individu dikesan positif ujian air kencing.

“Daerah Kuching mencatatkan angka tangkapan tertinggi iaitu seramai 2,541 orang, diikuti Bintulu (1,101), Miri (1,068), Sibu (948), dan Samarahan (422),” katanya pada Jumaat.

Dalam pada itu, Fatimah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dalat menegaskan, Kerajaan Sarawak menerusi Jawatankuasa Sehenti (MIDS) sentiasa memberi tumpuan terhadap tindakan intervensi dan rawatan.

Sehingga 31 Julai lalu, seramai 4,690 individu direkodkan sedang dan telah menjalani proses rawatan serta pemulihan di seluruh negeri bagi memastikan mereka tidak terus memusnahkan masa depan.

“Kita mahu memutus rantaian bekalan dan pada masa yang sama merawat mereka yang telah terjebak.

“Tindakan penguatkuasaan ketat di pintu masuk negeri akan terus diperkasakan bagi memastikan Sarawak tidak dijadikan transit atau pasaran utama sindiket pengedaran dadah,” tegas beliau.

Related Posts

Sambutan Hari Malaysia 2026: Fahmi jamin capaian internet optimum untuk media

KUCHING – Kementerian Komunikasi memberi jaminan bahawa kualiti liputan dan capaian internet pada malam kemuncak sambutan Hari Malaysia ke-63 akan berada di tahap optimum bagi melancarkan kelancaran tugas pengamal media.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Penghantar barang ditahan bersama dadah, pistol palsu

TEMERLOH – Tindakan seorang penghantar barang menyembunyikan sepucuk pistol palsu di bawah kerusi bahagian pemandu terbongkar selepas ditahan dalam serbuan berkaitan dadah di Paya Keladan di sini, malam Sabtu lalu.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lembaga Pengampunan: Pas perlu faham peraturan, bukan keruhkan keadaan – PM Anwar

Lembaga Pengampunan: Pas perlu faham peraturan, bukan keruhkan keadaan – PM Anwar

Prosiding Lembaga Pengampunan sulit, tak wajar dipersoalkan – Tajuddin

Prosiding Lembaga Pengampunan sulit, tak wajar dipersoalkan – Tajuddin

PM Anwar tegas pilih kestabilan, bukan polemik politik

PM Anwar tegas pilih kestabilan, bukan polemik politik

BRICS wadah perjuang sistem antarabangsa lebih adil – PM Anwar

BRICS wadah perjuang sistem antarabangsa lebih adil – PM Anwar

Sambutan Hari Malaysia 2026: Fahmi jamin capaian internet optimum untuk media

Sambutan Hari Malaysia 2026: Fahmi jamin capaian internet optimum untuk media

Malaysia-Keralam bincang peluang tingkat perdagangan, pelaburan

Malaysia-Keralam bincang peluang tingkat perdagangan, pelaburan