Kuching catat kes pembakaran terbuka tertinggi, JBPM giat operasi rondaan

KUCHING – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak menggesa orang awam untuk menghentikan segera sebarang aktiviti pembakaran terbuka susulan ancaman jerebu rentas sempadan yang sedang melanda negeri ini.

Timbalan Pengarah JBPM Sarawak, PPjB Tiong Ling Hii berkata, fenomena rentas sempadan itu dijangka memberi kesan signifikan terhadap keadaan cuaca semasa.

Menurutnya, amaran tersebut dikeluarkan berdasarkan Laporan Analisis Pusat Meteorologi Khusus ASEAN (ASMC) dan Analisis Ramalan MyCMAQ yang direkodkan semalam.

Tambahnya, situasi itu berisiko menjadi bertambah buruk berikutan peningkatan kes kebakaran terbuka di seluruh negeri yang disifatkan amat membimbangkan.

“Berdasarkan laporan statistik operasi, sebanyak 63 kes panggilan kebakaran terbuka direkodkan di seluruh Sarawak bermula 1 hingga 9 Ogos.

“Lebih membimbangkan, trend panggilan harian menunjukkan peningkatan mendadak dalam tempoh tiga hari berturut-turut iaitu enam kes pada 7 Ogos, meningkat kepada 16 kes pada 8 Ogos dan memuncak kepada 25 kes semalam,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut mengenai taburan kes, beliau memaklumkan bahagian Kuching mencatatkan jumlah kumulatif tertinggi iaitu sebanyak 19 kes sejak awal bulan ini. Ia disusuli oleh bahagian Samarahan dengan sembilan kes, Sarikei (enam kes) dan Kapit (lima kes). 

Taburan kes turut direkodkan di Miri, Sri Aman dan Sibu dengan masing-masing empat kes, manakala Betong dan Serian masing-masing mencatatkan tiga kes, diikuti Mukah, Bintulu serta Limbang dengan masing-masing dua kes.

“Keadaan ini amat membimbangkan sekiranya aktiviti pembakaran terbuka tidak dikawal sepenuhnya kerana ia berpotensi memburukkan lagi keadaan jerebu yang sedang melanda,” tegasnya.

Justeru, Ling Hii memberitahu bahawa JBPM Sarawak akan terus meningkatkan aktiviti rondaan bagi mengenal pasti dan mencegah sebarang aktiviti kebakaran terbuka oleh orang awam.

Jelasnya, tindakan bermula dengan bentuk nasihat berterusan kepada pelaku yang dikesan sengaja melakukan perbuatan tersebut.

Tegas beliau, pihak bomba tidak akan teragak-agak untuk melaporkan pihak yang masih berdegil dan ingkar kepada pihak berwajib untuk tindakan undang-undang sewajarnya.

Related Posts

Pahang rangka dasar komprehensif tangani insiden pokok tumbang

KUANTAN – Kerajaan Negeri Pahang sedang merangka dasar komprehensif bagi menangani risiko pokok tumbang di seluruh negeri, termasuk cadangan mewujudkan zon penampan di kawasan hutan simpan berhampiran jalan raya. Exco…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Naik taraf Pantai Tanjung Kembang rancakkan pelancongan Kabong

KABONG – Pantai Tanjung Kembang di sini bakal menerima nafas baharu menerusi cadangan pembangunan kemudahan dan naik taraf fasiliti bagi meningkatkan potensi kawasan itu sebagai destinasi pelancongan utama di Kabong.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pahang rangka dasar komprehensif tangani insiden pokok tumbang

Pahang rangka dasar komprehensif tangani insiden pokok tumbang

Laporan RCI TH: “Jangan lindungi kelemahan dengan nama Melayu” – Mahfuz

Laporan RCI TH: “Jangan lindungi kelemahan dengan nama Melayu” – Mahfuz

Naik taraf Pantai Tanjung Kembang rancakkan pelancongan Kabong

Naik taraf Pantai Tanjung Kembang rancakkan pelancongan Kabong

Masyarakat digesa peka, manfaatkan insentif MADANI

Masyarakat digesa peka, manfaatkan insentif MADANI

Sekiranya DAP nak hapuskan Melayu Islam, kenapa aktiviti masjid menerima bantuan? – Joshua Woo

Sekiranya DAP nak hapuskan Melayu Islam, kenapa aktiviti masjid menerima bantuan? – Joshua Woo

Jualan Rahmah MADANI bantu ringankan beban kos sara hidup rakyat Miri

Jualan Rahmah MADANI bantu ringankan beban kos sara hidup rakyat Miri