Erti merdeka perlu diisi dengan pembangunan bermanfaat

RAUB – Kemerdekaan bukan sekadar untuk diraikan, sebaliknya perlu diisi dengan pembangunan yang membawa manfaat kepada rakyat selain memastikan kesejahteraan mereka dipelihara, kata Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

Justeru, beliau berkata, kerajaan negeri melaksanakan Aspirasi Pahang 1st sebagai landasan memacu kemajuan negeri secara menyeluruh serta memenuhi keperluan masyarakat.

“Kita mahu ekonomi berkembang, pelaburan bertambah, peluang pekerjaan diwujudkan dan pendidikan anak-anak terus diperkasakan.

“Pada masa sama, kebajikan golongan yang memerlukan terus kerajaan negeri laksanakan,” katanya, seperti dilapor Bernama.

Beliau berkata demikian berucap pada Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2026 Peringkat Pahang di sini malam tadi.

Turut hadir Exco Komunikasi dan Multimedia, Belia, Sukan dan Badan-Badan Bukan Kerajaan negeri, Datuk Fadzli Mohamad Kamal.

Wan Rosdy turut mengingatkan rakyat supaya tidak membiarkan perbezaan pendapat merosakkan persaudaraan dan keharmonian yang telah dibina selama puluhan tahun.

“Walau berbeza latar belakang, kita berkongsi satu negara… kita mempunyai satu masa depan.

“Walau berbeza cara, kita tetap menuju matlamat yang sama iaitu Malaysia yang aman, Pahang yang maju dan rakyat yang sejahtera,” katanya.

Beliau menyeru rakyat Pahang agar mengibarkan Jalur Gemilang dengan penuh rasa bangga, di samping memastikan semangat patriotik turut subur dalam jiwa.

Menteri Besar berkata, kecintaan kepada negara tidak memadai sekadar dizahirkan melalui kata-kata atau pengibaran bendera, sebaliknya perlu diterjemahkan melalui kejujuran, integriti, sikap saling menghormati dan kesediaan untuk saling membantu.

Terdahulu, Wan Rosdy turut menyertai program Walk A Town With Me Pahang 1st Maju Terus Pahang iaitu acara berjalan laju sejauh 2.7 kilometer mengelilingi bandar Raub.

Related Posts

Ibu bapa perlu celik digital, lindungi anak daripada risiko siber

KOTA KINABALU – Ibu bapa perlu meningkatkan literasi digital bagi memastikan penggunaan teknologi dalam kalangan anak-anak dapat dimanfaatkan untuk pembelajaran, selain mengurangkan risiko seperti ketagihan peranti, buli siber dan penipuan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

KOTA KINABALU – Program Kampung (Kg) Siaga 221 yang dilaksanakan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) penting dalam meningkatkan kesedaran dan kesiapsiagaan komuniti kampung menghadapi kemungkinan berlakunya bencana. Menteri di Jabatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Ibu bapa perlu celik digital, lindungi anak daripada risiko siber

Ibu bapa perlu celik digital, lindungi anak daripada risiko siber

Tempoh idah PRU16 belum sampai

Tempoh idah PRU16 belum sampai

Chelsea gagal raih tiga mata, seri 2-2 lawan Hull

Chelsea gagal raih tiga mata, seri 2-2 lawan Hull

Terengganu jadi ujian keikhlasan: Bila penyatuan Melayu sampai bab kerusi, Pas sanggup berkongsi?

Terengganu jadi ujian keikhlasan: Bila penyatuan Melayu sampai bab kerusi, Pas sanggup berkongsi?

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana