Institusi keluarga yang kukuh asas perpaduan masyarakat desa

BETONG – Usaha memperkukuh institusi keluarga terus menjadi penekanan utama kerajaan untuk memastikan pembentukan sebuah masyarakat majmuk yang sejahtera dan berdaya saing.

Timbalan Menteri Pembangunan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Datuk Dr Mohammad Razi Sitam berkata, peranan sesebuah keluarga merupakan landasan paling asas dalam menentukan kelancaran pembangunan di sesuatu kawasan.

Menurutnya, kekuatan sesebuah masyarakat tidak hanya bergantung kepada arus pembangunan fizikal semata-mata, sebaliknya amat dipengaruhi oleh keutuhan ikatan kekeluargaan serta hubungan baik dalam komuniti.

“Kalau rumah kita aman, keluarga kita akan menjadi kuat. Apabila keluarga kuat, kampung kita akan turut teguh sekali gus membolehkan masyarakat kita menjadi lebih maju dan sejahtera,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Kursus Motivasi dan Kepimpinan Keluarga Sejahtera KEMAS Betong 2026 pada Ahad.

Mengulas lanjut, Mohammad Razi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Saribas mengingatkan ibu bapa agar tidak menyerahkan tanggungjawab mendidik anak-anak secara bulat-bulat kepada pihak sekolah.

Tegasnya, pendidikan berkesan perlu bermula dan berterusan di rumah, khususnya dalam membimbing generasi muda mendepani pelbagai cabaran dunia digital serta media sosial masa kini.

Beliau turut menekankan kepentingan ibu bapa dalam mengenal pasti dan membangunkan bakat anak-anak mengikut potensi serta kemampuan masing-masing.

Dalam pada itu, beliau menggalakkan masyarakat untuk merancang pengurusan kewangan keluarga dengan bijak dengan cara membezakan antara keperluan dan kehendak bagi mengelakkan bebanan hutang yang tidak perlu.

Menyentuh mengenai peranan golongan belia, beliau mengingatkan anak muda supaya tidak malu dengan latar belakang sebagai ‘anak kampung’, sebaliknya memanfaatkan setiap peluang pendidikan, teknologi dan kemahiran yang disediakan kerajaan untuk membina masa depan.

Pada masa sama, Mohammad Razi menyeru penduduk terutamanya di Kampung Tanjung Assam, Kampung Buda, Kampung Balingan dan Kampung Sebemban supaya terus mengekalkan keharmonian menerusi semangat gotong-royong dan perpaduan.

Beliau juga menasihati masyarakat agar tidak mudah terpengaruh dengan menyebarkan berita yang belum dipastikan kesahihannya bagi mengelakkan media sosial menjadi punca perpecahan di dalam komuniti.

Related Posts

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

IPOH – Pemuda Parti Amanah Perak menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meneliti sumber kekayaan yang dikaitkan dengan anak-anak bekas Pengerusi Lembaga Tabung Haji, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

ARAU – Parti Wawasan Negara (Wawasan) terus melebarkan pengaruhnya di Perlis apabila sebahagian besar pimpinan Bersatu Bahagian Arau bersama 10 ketua cawangan mengumumkan keluar parti dan menyertai parti berkenaan. Perkembangan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

Mahfuz saran Zahid tidak bawa ‘politik budak-budak’ ke Putrajaya

Mahfuz saran Zahid tidak bawa ‘politik budak-budak’ ke Putrajaya

Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

Dua kenderaan bertembung, dua maut

Dua kenderaan bertembung, dua maut

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan