Aduan sudah diangkat namun tiada tindakan selesai kes buli, salah guna kuasa di sekolah

KES pembulian dan penyalahgunaan kuasa di sekolah perlu diambil tindakan segera oleh Kementerian Pendidikan selepas perbuatan itu menyebabkan guru-guru mengalami kemurungan serta gangguan anxiety yang kronik.

Perbuatan itu didedahkan oleh seorang warga pendidikan yang menjadi mangsa terhadap perbuatan tersebut yang didakwa berlaku di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Kepong

Lebih mengecewakan, guru terbabit, Ng Siew Hui memaklumkan, tiada siasatan dijalankan walaupun bukti telah diserahkan kepada Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPWPKL).

“Sava kini disahkan mengalami Kemurungan Depression) dan Anxiety kronik oleh Pakar Perubatan HKL akibat penyalahgunaan kuasa dan pembulian berterusan oleh Guru Besar.

“Tindakan itu menyebabkan saya tercicir kenaikan pangkat gred DG48. Aduan dan bukti telah diserahkan ke PPD dan JPWPKL tetapi tiada siasatan dijalankan, malah saya disuruh berpindah sekolah.

“Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek , mohon hentikan penindasan ke atas guru-guru sebelum timbul lagi tragedi,” katanya menerusi hantaran di media sosial miliknya, pada Sabtu.

Dalam hantaran sama, beliau turut mendakwa sekurang-kurangnya lima kes keciciran kenaikan pangkat pernah berlaku di bawah seliaan guru besar berkenaan ketika bertugas di SJKC Kepong 3.

“Untuk makluman, sekurang-kurangnva 5 kes keciciran Kenaikan Pangkat pernah berlaku di bawah seliaan Guru Besar tersebut di SJKC Kepong 3,” katanya.

Related Posts

PH sambut baik BN terbuka runding kerusi di Melaka

KUALA LUMPUR – Pakatan Harapan (PH) menyambut baik keterbukaan Barisan Nasional (BN) yang tidak menutup ruang rundingan berhubung pembahagian kerusi bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka. Pengarah Komunikasi PH,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Bersatu pertimbang lapor ROS dakwaan keahlian dalam PN gugur automatik

PETALING JAYA – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) bercadang membuat laporan kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) berhubung dakwaan keahlian parti itu dalam Perikatan Nasional (PN) gugur secara automatik susulan hasrat…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PH sambut baik BN terbuka runding kerusi di Melaka

PH sambut baik BN terbuka runding kerusi di Melaka

Bersatu pertimbang lapor ROS dakwaan keahlian dalam PN gugur automatik

Bersatu pertimbang lapor ROS dakwaan keahlian dalam PN gugur automatik

Bapa lemas cuba bantu anak jatuh kolam ikan

Bapa lemas cuba bantu anak jatuh kolam ikan

Gol Pavithran bawa Malaysia ke separuh akhir Piala ASEAN

Gol Pavithran bawa Malaysia ke separuh akhir Piala ASEAN

BN Melaka mahu rundingan politik dihentikan di media sosial

BN Melaka mahu rundingan politik dihentikan di media sosial

JPM Hal Ehwal Agama junjung titah Agong mengenai RCI Tabung Haji

JPM Hal Ehwal Agama junjung titah Agong mengenai RCI Tabung Haji