Bapa lemas cuba bantu anak jatuh kolam ikan

KUANTAN – Seorang lelaki lemas ketika cuba menyelamatkan anaknya yang terjatuh ke dalam kolam ikan di sebuah resort di Sungai Ruan, dekat sini petang semalam.

Ketua Polis Daerah Raub, Superintenden Mohd Shahril Abdul Rahman berkata, pihaknya menerima maklumat berkaitan kejadian melibatkan mangsa, Mohamed Hafidz Che Din, 46, kira-kira jam 3 petang.

Beliau berkata, berdasarkan siasatan awal, Mohamed Hafidz terjun ke kolam ikan itu bagi menyelamatkan anak lelakinya berusia lapan tahun yang terjatuh akibat mahu mengambil plastik bekas roti yang digunakan untuk umpan memancing.

“Anak mangsa berjaya diselamatkan oleh seorang pekerja dan seorang warga Indonesia yang berada di lokasi itu namun mangsa tidak timbul kira-kira 20 minit sebelum ditemukan berhampiran tangga di tepi kolam tersebut,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Mohd Shahril berkata, Mohamed Hafidz diberikan bantuan pernafasan beberapa kali namun gagal dan dibawa ke Hospital Raub.

Beliau berkata, hasil bedah siasat yang dijalankan di hospital berkenaan mendapati, punca kematiannya disebabkan kekurangan oksigen akibat lemas (asphyxia secondary to drowning).

Related Posts

Program Sarawakku Sayang Betong tarik 97,225 pengunjung

BETONG – Program Sarawakku Sayang Bahagian Betong yang berlangsung selama tiga hari di Kompleks Sukan Betong berjaya menarik seramai 97,225 pengunjung. Program berkenaan turut menghimpunkan 48 agensi yang menawarkan sebanyak…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Gagal redakan krisis Negeri Sembilan, UMNO berdepan persepsi utamakan politik

PUTRAJAYA – UMNO berdepan persoalan sama ada kepentingan politik mengatasi tanggungjawabnya terhadap institusi diraja dan adat Negeri Sembilan sekiranya gagal memainkan peranan menyelesaikan kemelut yang dilihat semakin meruncing dalam negeri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Gambar disalah guna, Dr Zaliha nafi ada kaitan penempatan Rohingya

Gambar disalah guna, Dr Zaliha nafi ada kaitan penempatan Rohingya

‘Hutang ciput’, tetapi rakyat berhak tuntut cerita penuh kewangan Terengganu

‘Hutang ciput’, tetapi rakyat berhak tuntut cerita penuh kewangan Terengganu

Program Sarawakku Sayang Betong tarik 97,225 pengunjung

Program Sarawakku Sayang Betong tarik 97,225 pengunjung

Tidak sokong Pas bukan ukuran iman seseorang – Zuliadin

Tidak sokong Pas bukan ukuran iman seseorang – Zuliadin

Gagal redakan krisis Negeri Sembilan, UMNO berdepan persepsi utamakan politik

Gagal redakan krisis Negeri Sembilan, UMNO berdepan persepsi utamakan politik

New Age Movement: JAKIM tegur, dapatkan penjelasan Marhamah

New Age Movement: JAKIM tegur, dapatkan penjelasan Marhamah