BN Melaka mahu rundingan politik dihentikan di media sosial

MELAKA – Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh menegaskan perundingan politik menerusi media sosial perlu dihentikan buat sementara waktu dan digantikan dengan rundingan secara bersemuka di meja perundingan.

Beliau yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Melaka berkata, semua parti berkaitan perlu membuka ruang perbincangan secara baik bagi mencari titik persamaan dan membentuk kerjasama yang mampu mempertahankan negeri itu.

“Bukan kita berunding melalui media sosial kerana ia akan membentuk persepsi yang kurang sihat.

“Siapa sahaja boleh datang berunding. Tidak perlu menyuarakannya di media sosial kerana mereka belum berjumpa dengan saya atau Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi,” katanya, seperti dipetik berita tempatan pada Ahad.

Ab Rauf berkata, BN Melaka akan mempertahankan 21 kerusi yang dimenanginya pada PRN lalu dalam pilihan raya negeri akan datang.

Bagaimanapun, katanya, BN belum membuat keputusan muktamad mengenai pembahagian kerusi dan akan menilai serta mengkaji perkara itu terlebih dahulu berdasarkan kepentingan serta potensi manfaat kepada parti yang terlibat.

Beliau turut menggesa semua parti sama ada mempunyai persefahaman atau sebaliknya, supaya membuka ruang rundingan dan menyelesaikan perbezaan melalui perbincangan secara baik.

Katanya, dinamika politik Melaka tidak wajar diukur berdasarkan keputusan pilihan raya Parlimen kerana BN sentiasa berusaha mendapatkan kepercayaan rakyat melalui perkhidmatan yang diberikan.

“Pastinya senario itu tidak boleh dijadikan ukuran untuk menentukan pengagihan kerusi yang akan berlaku dalam PRN Melaka,” katanya.

Ditanya sama ada PAS sudah mengadakan rundingan dengan BN Melaka, Ab Rauf berkata setakat ini belum ada sebarang rundingan rasmi dengan parti berkenaan.

“Kita tidak ada perundingan secara rasmi lagi. Belum lagi,” katanya.

Related Posts

KRT Sandakan, Libaran perkukuh perpaduan masyarakat pelbagai kaum – Suhaimi

SANDAKAN – Komuniti Rukun Tetangga (KRT) di daerah ini dan kawasan Libaran memainkan peranan penting dalam memperkukuh perpaduan serta mengeratkan hubungan masyarakat pelbagai kaum. Ahli Parlimen Libaran, Datuk Suhaimi Nasir…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerajaan MADANI rasmi serah Pelabuhan Bintulu kepada Sarawak

KUCHING – Komitmen Kerajaan MADANI dalam memperkasakan hak dan tuntutan di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dimanifestasikan sepenuhnya apabila pentadbiran Pelabuhan Bintulu kini diserahkan secara rasmi kepada kerajaan Sarawak berkuat…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

KRT Sandakan, Libaran perkukuh perpaduan masyarakat pelbagai kaum – Suhaimi

  • By Fandi
  • September 16, 2026
KRT Sandakan, Libaran perkukuh perpaduan masyarakat pelbagai kaum – Suhaimi

Kerajaan MADANI rasmi serah Pelabuhan Bintulu kepada Sarawak

Kerajaan MADANI rasmi serah Pelabuhan Bintulu kepada Sarawak

Ketika Najib, Abdul Hadi berkuasa Rohingya dibawa masuk

Ketika Najib, Abdul Hadi berkuasa Rohingya dibawa masuk

Pimpin Kerajaan MADANI tidak sama gambaran perjuangan reformasi terdahulu

Pimpin Kerajaan MADANI tidak sama gambaran perjuangan reformasi terdahulu

‘Wan Azizah banyak urus keluarga, saya bukan bapa ideal’ – PMX

‘Wan Azizah banyak urus keluarga, saya bukan bapa ideal’ – PMX

Anwar tetap pilih reformasi walaupun dipukul setengah mati dalam lokap

Anwar tetap pilih reformasi walaupun dipukul setengah mati dalam lokap