Bersatu pertimbang lapor ROS dakwaan keahlian dalam PN gugur automatik

PETALING JAYA – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) bercadang membuat laporan kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) berhubung dakwaan keahlian parti itu dalam Perikatan Nasional (PN) gugur secara automatik susulan hasrat membentuk gabungan politik baharu.

Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Tun Faisal Ismail Aziz berkata, PN tidak seharusnya ditadbir berdasarkan kepentingan mana-mana parti, sebaliknya perlu berlandaskan Perlembagaan PN serta prinsip tadbir urus yang baik.

“Tindakan Pas melanggar Perlembagaan PN dan keputusan-keputusan MT PN berulang kali, termasuk menafikan hak parti anggota, perlu dilaporkan kepada ROS agar perbuatan ini dapat dihentikan segera,” katanya, seperti dilaporkan Utusan Malaysia pada Ahad.

Tun Faisal turut mendakwa struktur kuasa dalam PN ketika ini tidak lagi mencerminkan prinsip asal gabungan itu dan perlu dikembalikan kepada landasan yang berpandukan perlembagaan.

“PN bukan seperti Pas. PN perlu diurus berpandukan Perlembagaan PN, adil dan tidak menafikan hak anggota, telus dan secara berintegriti.

“PN perlu dikembalikan menjadi PN yang asal, bukan ditadbir seperti sekarang,” katanya.

Kelmarin, Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang mendakwa keahlian Bersatu dalam PN gugur secara automatik susulan pengumuman Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengenai hasrat membentuk gabungan politik baharu.

Abdul Hadi berkata perkara itu berdasarkan Perlembagaan PN yang menetapkan seseorang ahli akan terkeluar daripada gabungan berkenaan sekiranya menyertai gabungan politik lain.

Bagaimanapun, Bersatu menegaskan kedudukannya dalam PN kekal dan tidak berubah kerana parti itu belum membuat sebarang keputusan untuk menyertai mana-mana gabungan politik, termasuk Ikatan Prihatin Rakyat (IPR).

Related Posts

‘Tetamu Istimewa’ muncul di belakang rumah penduduk Kampung Geliga

KEMAMAN- Bunyi geseran pasir pada dinding sebuah rumah membawa kepada penemuan seekor penyu yang dipercayai daripada spesies penyu agar di Kampung Geliga, dekat sini. Memetik sumber Sinar Harian, kejadian kira-kira…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pimpin Kerajaan MADANI tidak sama gambaran perjuangan reformasi terdahulu

REALITI memimpin Malaysia ketika ini tidak sama dengan gambaran perjuangan Reformasi yang dibawa Datuk Seri Anwar Ibrahim berikutan kerajaan hari ini merupakan kerajaan campuran yang memerlukan rundingan dengan pelbagai parti…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

‘Tetamu Istimewa’ muncul di belakang rumah penduduk Kampung Geliga

‘Tetamu Istimewa’ muncul di belakang rumah penduduk Kampung Geliga

KRT Sandakan, Libaran perkukuh perpaduan masyarakat pelbagai kaum – Suhaimi

  • By Fandi
  • September 16, 2026
KRT Sandakan, Libaran perkukuh perpaduan masyarakat pelbagai kaum – Suhaimi

Kerajaan MADANI rasmi serah Pelabuhan Bintulu kepada Sarawak

Kerajaan MADANI rasmi serah Pelabuhan Bintulu kepada Sarawak

Ketika Najib, Abdul Hadi berkuasa Rohingya dibawa masuk

Ketika Najib, Abdul Hadi berkuasa Rohingya dibawa masuk

Pimpin Kerajaan MADANI tidak sama gambaran perjuangan reformasi terdahulu

Pimpin Kerajaan MADANI tidak sama gambaran perjuangan reformasi terdahulu

‘Wan Azizah banyak urus keluarga, saya bukan bapa ideal’ – PMX

‘Wan Azizah banyak urus keluarga, saya bukan bapa ideal’ – PMX