Gol Pavithran bawa Malaysia ke separuh akhir Piala ASEAN

SKUAD Harimau Malaya mengesahkan kemaraan ke separuh akhir Kejuaraan Piala ASEAN 2026 selepas menewaskan Filipina 1-0 pada aksi terakhir Kumpulan B di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras malam tadi.

Turun dengan misi wajib menang, barisan kendalian ketua jurulatih interim, Tan Cheng Hoe mempamerkan aksi bertenaga, disuntik sorakan padu penyokong berbaju hitam kuning yang membanjiri stadium berkapasiti 18,000 penonton itu.

Sorakan penyokong tuan rumah bergema pada minit ke-16 apabila hantaran Wan Kuzain Wan Ahmad Kamal ke dalam kotak penalti disambut tandukan kemas G Pavithran untuk meletakkan Malaysia di depan 1-0.

Jaringan itu menyuntik semangat Harimau Malaya untuk terus menguasai permainan, manakala skuad kendalian Carles Cuadrat cuba meningkatkan tekanan bagi memburu gol penyamaan, namun gagal menembusi benteng tuan rumah sehingga tamat babak pertama, lapor Bernama.

Memasuki babak kedua, Filipina tampil lebih agresif dalam usaha menyamakan kedudukan, namun benteng pertahanan Harimau Malaya yang diketuai kapten Paulo Josue kekal kental untuk mengekang setiap asakan lawan.

Pavithran hampir menggandakan kelebihan Malaysia pada minit ke-85, namun gagal menyudahkan hantaran leret rakan sepasukan di hadapan gawang selepas gerakannya disekat pertahanan Filipina, Jaime Rosquillo.

Keputusan 1-0 kekal sehingga wisel penamat sekali gus menyaksikan Malaysia mengumpul sembilan mata untuk menamatkan saingan Kumpulan B di tempat kedua dan mengesahkan tiket ke separuh akhir bersama juara kumpulan Thailand yang mengumpul 12 mata.

Malaysia seterusnya bakal berdepan juara bertahan Vietnam, yang muncul juara Kumpulan A, dalam aksi separuh akhir secara timbal balik yang dijadualkan berlangsung pada 16 dan 19 Ogos ini.

Related Posts

Leeds belasah Newcastle 4-1

LEEDS United membelasah Newcastle United 4-1 di Elland Road awal pagi tadi untuk melonjak ke tangga ketiga Liga Perdana Inggeris, sekali gus menghadiahkan kekalahan pertama kepada pengurus baharu The Magpies,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Musketeers Football perkukuh ekosistem bola sepak akar umbi melalui inovasi

SANDAKAN – Musketeers Football memperluas pembangunan bola sepak akar umbi menerusi penerokaan produk, teknologi, pendidikan dan peluang kerjaya dalam industri sukan. Presidennya, Hardy Pudar berkata, penyertaan dalam SCENIC Sabah Creatixé…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tiada kompromi, sindiket e-PLKS palsu diburu hingga tumpas – Saifuddin

Tiada kompromi, sindiket e-PLKS palsu diburu hingga tumpas – Saifuddin

AI Talks Edisi Ke-2 perkasa literasi digital komuniti sempena Hari Malaysia

AI Talks Edisi Ke-2 perkasa literasi digital komuniti sempena Hari Malaysia

Pelaksanaan MA63 terus diperkasa sebagai agenda nasional – Mustapha

  • By Ezmie
  • September 16, 2026
Pelaksanaan MA63 terus diperkasa sebagai agenda nasional – Mustapha

Netizen bangga PMX tidak ‘termakan’ soalan provokasi isu Gaza, Israel

Netizen bangga PMX tidak ‘termakan’ soalan provokasi isu Gaza, Israel

PRU16: Demi rakyat atau elak lebih ramai pemimpin UMNO didakwa rasuah?

PRU16: Demi rakyat atau elak lebih ramai pemimpin UMNO didakwa rasuah?

Lima ditahan ganggu tugas penguat kuasa di Tasek Bera

Lima ditahan ganggu tugas penguat kuasa di Tasek Bera