PH sambut baik BN terbuka runding kerusi di Melaka

KUALA LUMPUR – Pakatan Harapan (PH) menyambut baik keterbukaan Barisan Nasional (BN) yang tidak menutup ruang rundingan berhubung pembahagian kerusi bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Pengarah Komunikasi PH, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata, keterbukaan berkenaan juga wajar disantuni demi masa depan serta kestabilan politik Melaka, selain kepentingannya terhadap negara.

Katanya, Pemangku Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Melaka, Adam Adli Abdul Halim telah memaklumkan beliau telah berhubung terus dengan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh yang juga Pengerusi BN Melaka.

“Kita juga menerima baik pandangan Datuk Seri (Ahmad) Zahid mengenai perkara ini dan (pemangku) Pengerusi Keadilan Negeri Melaka, Adam Adli juga ada memaklumkan beliau berhubung terus dengan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Rauf.

“Dan saya rasa keterbukaan ini adalah peluang yang baik untuk kita meneliti kerana kita tahu di Melaka BN mempunyai 21 kerusi dan Pakatan Harapan mempunyai lima kerusi.

“Jadi itu satu perkara yang realistik dan ada beberapa perkara boleh diuruskan di peringkat negeri, ada beberapa perkara yang perlu kita uruskan mungkin di peringkat Persekutuan,” katanya yang Ahli Parlimen Lembah Pantai ketika ditemui media selepas menghadiri Gotong Royong Mega Perangi Aedes di kawasan Lembah Pantai, pada Ahad.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Ahmad Zahid yang juga Pengerusi BN memaklumkan, gabungan parti itu tidak menutup ruang rundingan berhubung pembahagian kerusi bagi PRN Melaka, termasuk kemungkinan pertukaran kerusi antara parti.

Timbalan Perdana Menteri itu berkata, prinsip asas dalam rundingan berkenaan ialah kerusi yang dimenangi mana-mana parti perlu dihormati, namun pertukaran masih boleh dilakukan sekiranya dipersetujui bersama.

Beliau berkata, selain pertukaran kerusi dalam rundingan PRN Melaka, pendekatan sama boleh dipertimbangkan membabitkan negeri-negeri lain yang dikuasai parti rakan dalam gabungan.

Related Posts

‘Tetamu Istimewa’ muncul di belakang rumah penduduk Kampung Geliga

KEMAMAN- Bunyi geseran pasir pada dinding sebuah rumah membawa kepada penemuan seekor penyu yang dipercayai daripada spesies penyu agar di Kampung Geliga, dekat sini. Memetik sumber Sinar Harian, kejadian kira-kira…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pimpin Kerajaan MADANI tidak sama gambaran perjuangan reformasi terdahulu

REALITI memimpin Malaysia ketika ini tidak sama dengan gambaran perjuangan Reformasi yang dibawa Datuk Seri Anwar Ibrahim berikutan kerajaan hari ini merupakan kerajaan campuran yang memerlukan rundingan dengan pelbagai parti…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

‘Tetamu Istimewa’ muncul di belakang rumah penduduk Kampung Geliga

‘Tetamu Istimewa’ muncul di belakang rumah penduduk Kampung Geliga

KRT Sandakan, Libaran perkukuh perpaduan masyarakat pelbagai kaum – Suhaimi

  • By Fandi
  • September 16, 2026
KRT Sandakan, Libaran perkukuh perpaduan masyarakat pelbagai kaum – Suhaimi

Kerajaan MADANI rasmi serah Pelabuhan Bintulu kepada Sarawak

Kerajaan MADANI rasmi serah Pelabuhan Bintulu kepada Sarawak

Ketika Najib, Abdul Hadi berkuasa Rohingya dibawa masuk

Ketika Najib, Abdul Hadi berkuasa Rohingya dibawa masuk

Pimpin Kerajaan MADANI tidak sama gambaran perjuangan reformasi terdahulu

Pimpin Kerajaan MADANI tidak sama gambaran perjuangan reformasi terdahulu

‘Wan Azizah banyak urus keluarga, saya bukan bapa ideal’ – PMX

‘Wan Azizah banyak urus keluarga, saya bukan bapa ideal’ – PMX