Pencari lokan berjaya keluar dari hutan, operasi SAR ditamatkan

DARO – Seorang lelaki yang dilaporkan hilang ketika mencari lokan di kawasan Sungai Penuai dekat sini sejak semalam ditemui selamat pagi ini.

Mangsa, Mohammad Senawi Gamat, 29, dilaporkan berjaya keluar sendiri dari kawasan hutan sungai terbabit sebelum tiba di rumahnya di Kampung Penuai Beriut sekitar jam 8.19 pagi.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Daro, Pegawai Bomba Tinggi II Hasman Bakar berkata, kemunculan mangsa berlaku ketika pasukan penyelamat baru sahaja memulakan operasi mencari dan menyelamat (SAR) hari kedua.

Menurutnya, bapa mangsa sebelum itu membuat laporan polis menyatakan anaknya keluar ke sungai berkenaan bersama seorang rakan untuk mencari lokan.

“Bagaimanapun, kedua-dua mereka berpisah mengikut laluan masing-masing sebelum rakannya menyedari mangsa tidak pulang ke rumah sehingga malam.

“Pihak kami yang menerima panggilan kecemasan pada jam 10.25 malam semalam segera mengerahkan anggota ke lokasi kejadian untuk tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Hasman menjelaskan, operasi SAR hari kedua yang digerakkan seawal jam 8 pagi ini melibatkan tujuh anggota BBP Daro dengan kerjasama pelbagai agensi penyelamat lain serta penduduk kampung.

Susulan kepulangan mangsa, beliau berkata, lelaki tersebut terus dibawa ke hospital berdekatan bagi menjalani pemeriksaan kesihatan.

Tambahnya, operasi SAR ditamatkan sepenuhnya pada jam 8.30 pagi hasil perbincangan bersama semua agensi yang terlibat di lapangan.

Related Posts

Dua wanita ditahan disyaki ejen judi atas talian

SARATOK – Dua wanita tempatan ditahan polis kerana disyaki terlibat dalam aktiviti perjudian tambah nilai dalam talian dalam dua serbuan berasingan di sekitar pekan Saratok, semalam. Ketua Polis Daerah Saratok…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Penggantungan SUK, Penasihat Undang-Undang: AMK Negeri Sembilan mahu penjelasan segera

ANGKATAN Muda Keadilan (AMK) Negeri Sembilan menggesa semua pihak menghormati Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959 serta proses perundangan berhubung keputusan penggantungan tugas Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), Datuk Mohd Zafir…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Dua wanita ditahan disyaki ejen judi atas talian

Dua wanita ditahan disyaki ejen judi atas talian

MMKN tiada kuasa gantung tugas SUK, Penasihat Undang-Undang Negeri Sembilan – AGC

MMKN tiada kuasa gantung tugas SUK, Penasihat Undang-Undang Negeri Sembilan – AGC

Penggantungan SUK, Penasihat Undang-Undang: AMK Negeri Sembilan mahu penjelasan segera

Penggantungan SUK, Penasihat Undang-Undang: AMK Negeri Sembilan mahu penjelasan segera

MPNPHNS saran siasatan menyeluruh dakwaan usaha singkir Tuanku Muhriz

MPNPHNS saran siasatan menyeluruh dakwaan usaha singkir Tuanku Muhriz

Kecewa cara UMNO urus kemelut Tuanku Muhriz, ketua cawangan letak jawatan

Kecewa cara UMNO urus kemelut Tuanku Muhriz, ketua cawangan letak jawatan

Kontinjen Orang Asli tampil memeriahkan sambutan Maulidur Rasul Jengka

Kontinjen Orang Asli tampil memeriahkan sambutan Maulidur Rasul Jengka