YAB Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim semasa Jelajah Harapan Melaka Rumah Kita di Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Hang Tuah Jaya, Melaka. 12 November 2026. AFIQ HAMBALI/Pejabat Perdana Menteri.NO SALES; NO ARCHIVE; RESTRICTED TO EDITORIAL USE ONLY. NOTE TO EDITORS: These handout photographs are provided solely for editorial reporting purposes and may be used only for the contemporaneous illustration of the events, subjects, individuals depicted, or facts referenced in the accompanying caption. Any f
HANG TUAH JAYA – Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu mengadakan perbincangan semula dengan Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke berhubung keputusan pemimpin itu meletakkan jawatan sebagai Menteri Pengangkutan.
Perdana Menteri berkata, beliau masih belum menerima peletakan jawatan Ahli Parlimen Seremban itu walaupun Anthony sudah mengumumkan keputusan berkenaan, dua hari lalu.
“Saya belum terima peletakan jawatan Anthony Loke. Hendak cuti kejap ok, tapi hendak letak jawatan kena runding semula,” katanya ketika berucap pada Ceramah Grand Finale Pakatan Harapan (PH), di sini malam tadi.
Anthony sebelum ini mengumumkan peletakan jawatannya berkuat kuasa serta-merta susulan keputusan Mahkamah Tinggi membenarkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menjalani baki hukuman penjara menerusi tahanan di rumah, Selasa lalu.
Mengulas lanjut, Anwar berkata, tiada alasan untuk menteri yang menjalankan tugas dengan amanah dan bersih melepaskan jawatan.
Beliau berkata, Anthony antara menteri yang banyak mengemukakan idea, projek dan program bagi meningkatkan mutu perkhidmatan pengangkutan awam serta memudahkan urusan harian rakyat, termasuk pemandu teksi.
“Apabila saya memujinya, ada pihak daripada PAS dan UMNO mempersoalkan mengapa Anwar memuji DAP atau orang Cina.
“Tetapi apabila kita melantik seseorang menteri, perkara yang penting ialah sama ada menteri itu amanah, bersih dan bekerja keras.
“Beliau banyak menyumbangkan idea, projek dan program untuk memudahkan perjalanan rakyat, termasuk pemandu teksi.
“Namun, orang seperti beliau diminta meletakkan jawatan, sedangkan mereka yang bermasalah pula diminta kekal. Dunia sudah terbalik,” katanya.
Anwar turut menyifatkan Anthony sebagai sahabat rapatnya dan antara anggota Jemaah Menteri yang konsisten menunjukkan etika kerja tinggi.
Beliau berkata, kepemimpinan Anthony turut mendapat penghormatan penjawat awam, termasuk pegawai Melayu yang berkhidmat di Kementerian Pengangkutan.
“Beliau antara menteri yang bekerja sangat keras dan mempunyai banyak idea untuk membantu rakyat biasa, khususnya dalam sektor pengangkutan,” katanya.
Anwar berkata, penilaian terhadap seseorang pemimpin tidak seharusnya dibuat berdasarkan kaum atau parti yang diwakili, sebaliknya perlu mengambil kira integriti, keupayaan dan komitmen mereka dalam berkhidmat kepada rakyat.


