Bersatu automatik gugur daripada PN – Hadi Awang

MARANG – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dianggap secara automatik tergugur daripada Perikatan Nasional (PN) susulan hasrat parti itu membentuk gabungan politik baharu bersama beberapa parti lain.

Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, kedudukan Bersatu itu adalah selaras dengan Perlembagaan PN yang menetapkan keahlian sesebuah parti dalam gabungan berkenaan terjejas apabila menyertai atau membentuk gabungan lain.

“Dia (Bersatu) sudah membuat kenyataan hendak tubuh satu pasukan lain, dengan sendirinya automatik dia keluar daripada PN,” katanya selepas menyampaikan kuliah duha di Masjid Rusila, di sini hari ini.

Sebelum ini, Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin dilaporkan memaklumkan bahawa parti itu akan membentuk gabungan baharu yang lebih kukuh bersama beberapa parti lain selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan.

Gabungan berkenaan antaranya dilaporkan membabitkan parti dalam Ikatan Prihatin Rakyat (IPR), termasuk Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) dan Parti Bersepakat Hak Rakyat Malaysia (Urimai).

Abdul Hadi berkata, PN tidak perlu mengeluarkan sebarang surat rasmi kepada Bersatu bagi memaklumkan kedudukan parti itu kerana tindakan membentuk gabungan baharu sudah dianggap sebagai keputusan untuk keluar daripada PN.

“Saya tidak perlu surat rasmi. Perlembagaan kita pun bila orang masuk parti lain, maka keluarlah,” katanya.

Related Posts

PM Anwar tegas pilih kestabilan, bukan polemik politik

KERALAM (INDIA) – Kestabilan Kerajaan Perpaduan terus menjadi keutamaan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam menangani perbezaan pandangan berhubung kerjasama antara Pakatan Harapan (PH) dan UMNO. Anwar yang juga…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Zahid perlu selesaikan ‘bayang-bayang’ kes mahkamah sebelum teringin jadi PM11 – AMK

HASRAT untuk menerajui Putrajaya selepas Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) kini berdepan satu persoalan yang belum selesai sejauh mana Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mampu meyakinkan rakyat mengenai isu integriti…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lembaga Pengampunan: Pas perlu faham peraturan, bukan keruhkan keadaan – PM Anwar

Lembaga Pengampunan: Pas perlu faham peraturan, bukan keruhkan keadaan – PM Anwar

Prosiding Lembaga Pengampunan sulit, tak wajar dipersoalkan – Tajuddin

Prosiding Lembaga Pengampunan sulit, tak wajar dipersoalkan – Tajuddin

PM Anwar tegas pilih kestabilan, bukan polemik politik

PM Anwar tegas pilih kestabilan, bukan polemik politik

BRICS wadah perjuang sistem antarabangsa lebih adil – PM Anwar

BRICS wadah perjuang sistem antarabangsa lebih adil – PM Anwar

Sambutan Hari Malaysia 2026: Fahmi jamin capaian internet optimum untuk media

Sambutan Hari Malaysia 2026: Fahmi jamin capaian internet optimum untuk media

Malaysia-Keralam bincang peluang tingkat perdagangan, pelaburan

Malaysia-Keralam bincang peluang tingkat perdagangan, pelaburan