
SHAH ALAM – Semua agensi berkaitan diarahkan mengenal pasti kawasan berisiko tinggi banjir serta mempercepat kerja pembersihan saliran tersumbat bagi mengurangkan risiko kejadian banjir berulang.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, langkah itu penting bagi memastikan sistem saliran dan infrastruktur berkaitan berfungsi dengan baik, terutama ketika berdepan hujan lebat.
“Saya menegaskan kepentingan penyelenggaraan sungai, parit dan sistem saliran, termasuk kolam tadahan serta pintu air, bagi memastikan semuanya berfungsi dengan baik.
“Mesyuarat turut meneliti keperluan mangsa banjir, khususnya urusan pemindahan, penempatan sementara, bekalan keperluan asas dan bantuan kepada keluarga terjejas,” katanya ketika mempengerusikan Mesyuarat Khas Penyelarasan Bencana Banjir Negeri Selangor, pada Khamis.

Dalam pada itu, Anwar berkata, mesyuarat berkenaan turut meneliti keperluan mangsa banjir, khususnya berkaitan urusan pemindahan, penempatan sementara, bekalan keperluan asas serta bantuan kepada keluarga terjejas.
Katanya, penyelarasan antara agensi dan tindakan awal amat penting bagi mengurangkan kesan bencana serta mengelakkan kejadian banjir berulang.


