Aminuddin tunai tanggungjawab mengundi di DUN Sikamat

SEREMBAN – Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun tiba di Pusat Mengundi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sikamat di Institut Pendidikan Guru Raja Melewar, di sini, pada kira-kira 8.45 pagi bagi menunaikan tanggungjawab mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan.

Beliau yang juga calon PH bagi DUN Linggi sempat beramah mesra dengan para pengundi dan pengamal media yang membuat liputan proses pengundian di pusat berkenaan.

Aminuddin turut dilihat beramah mesra dan bersalaman dengan calon Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) bagi DUN Sikamat, Datuk Tun Faisal Ismail Aziz, yang turut hadir untuk menunaikan tanggungjawab mengundi di pusat mengundi sama.

Turut mengiringi beliau, calon PH DUN Sikamat, Norazman Mohamad.

Proses pengundian di pusat mengundi berkenaan berjalan lancar dengan kehadiran pengundi yang mula memenuhi saluran sebaik pusat mengundi dibuka pada jam 8 pagi.

Pertandingan tiga penjuru di DUN Sikamat menyaksikan Norazam berdepan Tun Faisal serta calon Parti Warisan, Datuk Razali Abu Samah.

Related Posts

PH masih raih undi popular, namun tewas akibat sistem FPTP – Dr Hafidzah

KOTA BHARU – Pakatan Harapan (PH) masih mendapat sokongan besar rakyat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan 2026 apabila merekodkan 40.2 peratus undi popular, namun gagal mempertahankan pentadbiran negeri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
30 calon PRN Negeri Sembilan hilang wang deposit

KUALA LUMPUR – Sebanyak 30 calon hilang wang deposit selepas gagal memperoleh sekurang-kurangnya satu perlapan daripada keseluruhan jumlah undi yang dikira, pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16. Bersatu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PM Anwar selesai menghadap Tuanku Muhriz

PM Anwar selesai menghadap Tuanku Muhriz

Putra gesa polis siasat MB, Exco NS berhubung penyingkiran Tuanku Muhriz

Putra gesa polis siasat MB, Exco NS berhubung penyingkiran Tuanku Muhriz

Krisis Negeri Sembilan kian memuncak, Amanah cadang MB mohon bubar

Krisis Negeri Sembilan kian memuncak, Amanah cadang MB mohon bubar

Kemelut Negeri Sembilan: Raja perlu dihormati, semua tindakan mesti ikut aturan – Ibrahim Ali

Kemelut Negeri Sembilan: Raja perlu dihormati, semua tindakan mesti ikut aturan – Ibrahim Ali

Pendidikan, sosioekonomi nadi utama kelestarian komuniti Tellian

Pendidikan, sosioekonomi nadi utama kelestarian komuniti Tellian

Dari peluang kedua hingga teknologi pintar, dua graduan POLYCC buktikan kuasa TVET

Dari peluang kedua hingga teknologi pintar, dua graduan POLYCC buktikan kuasa TVET