Laporan Task Force FELDA dijangka didedah dalam beberapa bulan lagi – PM

JEMPOL – Laporan Pasukan Petugas Khas (Task Force) berhubung Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) dijangka siap dalam tempoh beberapa bulan lagi sebelum didedahkan kepada umum, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata, laporan berkenaan akan diterbitkan sebaik sahaja proses penyediaannya selesai dan berharap rakyat dapat menelitinya sebagaimana Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai Lembaga Tabung Haji (TH).

“Kita sudah dedahkan laporan Tabung Haji. Mungkin dalam beberapa bulan lagi laporan Task Force FELDA pula siap dan akan kita keluarkan. Baca laporan mengenai FELDA ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Ceramah Perdana Grand Finale Kekal Harapan di Jeram Padang, malam tadi.

Menurut Anwar, pendedahan laporan itu mencerminkan komitmen Kerajaan Perpaduan untuk memperbetulkan kelemahan serta kesilapan pengurusan yang berlaku sebelum ini.

“Tanggungjawab saya sebagai Perdana Menteri ialah memperbetulkan keadaan,” katanya.

Dalam perkembangan sama, Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, kerjasama erat antara Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri amat penting bagi memastikan setiap dasar serta inisiatif dapat dilaksanakan secara lebih berkesan, khususnya yang melibatkan kepentingan dan kebajikan rakyat.

Minggu lalu, beliau mengumumkan tujuh inisiatif FELDA yang diarahkan untuk dilaksanakan segera, di samping mewajibkan laporan kemajuan dikemukakan setiap bulan bagi memastikan pelaksanaannya tidak tertangguh.

Beliau turut menegaskan komitmen Kerajaan MADANI untuk memperkukuh pengurusan FELDA melalui penambahbaikan dasar serta pindaan perundangan yang berkaitan.

Isnin lalu, Anwar mendedahkan FELDA pernah mengalami kerugian hampir RM10 bilion akibat salah urus dan campur tangan politik.

Sehubungan itu, Pasukan Petugas Khas ditubuhkan bagi meneliti isu-isu berkaitan pengurusan dan hala tuju FELDA, selain mengemukakan syor penambahbaikan bagi memperkukuh institusi berkenaan serta menjamin kebajikan peneroka pada masa hadapan.

Related Posts

Lembaga Pengampunan: Pas perlu faham peraturan, bukan keruhkan keadaan – PM Anwar

KOZHIKODE – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan pandangan yang diberikan dalam mesyuarat Lembaga Pengampunan berhubung kes membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dibuat berdasarkan undang-undang, nasihat…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Prosiding Lembaga Pengampunan sulit, tak wajar dipersoalkan – Tajuddin

SETIAUSAHA Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan tidak wajar mempersoalkan prosiding Lembaga Pengampunan berhubung penangguhan permohonan pengampunan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, kata Ahli Majlis Penasihat Perpaduan Negara…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lembaga Pengampunan: Pas perlu faham peraturan, bukan keruhkan keadaan – PM Anwar

Lembaga Pengampunan: Pas perlu faham peraturan, bukan keruhkan keadaan – PM Anwar

Prosiding Lembaga Pengampunan sulit, tak wajar dipersoalkan – Tajuddin

Prosiding Lembaga Pengampunan sulit, tak wajar dipersoalkan – Tajuddin

PM Anwar tegas pilih kestabilan, bukan polemik politik

PM Anwar tegas pilih kestabilan, bukan polemik politik

BRICS wadah perjuang sistem antarabangsa lebih adil – PM Anwar

BRICS wadah perjuang sistem antarabangsa lebih adil – PM Anwar

Sambutan Hari Malaysia 2026: Fahmi jamin capaian internet optimum untuk media

Sambutan Hari Malaysia 2026: Fahmi jamin capaian internet optimum untuk media

Malaysia-Keralam bincang peluang tingkat perdagangan, pelaburan

Malaysia-Keralam bincang peluang tingkat perdagangan, pelaburan