16 tahun menunggu, pingat emas Komanwel akhirnya milik Azizulhasni

PENANTIAN 16 tahun, Datuk Azizulhasni Awang untuk bergelar juara Sukan Komanwel berakhir apabila jaguh berbasikal trek negara itu merangkul pingat emas pertama dalam kariernya menerusi acara keirin di Velodrom Sir Chris Hoy, awal pagi tadi.

Kejayaan itu sekali gus melengkapkan koleksi pingat Azizulhasni di pentas Komanwel selepas pernah meraih gangsa pada Glasgow 2014 dan kini akhirnya berdiri megah di puncak podium, menamatkan episod duka sejak edisi Delhi 2010.

Dalam perlumbaan akhir membabitkan enam pelumba, Azizulhasni memulakan saingan di kedudukan keempat sebelum melakukan pecutan luar biasa di selekoh terakhir untuk memintas pencabarnya dan melintasi garisan penamat di tempat pertama.

Kayuhan bertenaga ‘The Pocket Rocketman’ itu nyata sukar dicabar apabila dia mengetepikan pelumba Australia, Leigh Hoffman yang meraih pingat perak, manakala gangsa menjadi milik wakil tuan rumah England, Harry Ledingham-Horn.

Sebaik sahaja perlumbaan berakhir, Azizulhasni dilihat tidak dapat menahan sebak apabila terduduk dan menangis di tepi trek sambil menerima tepukan gemuruh daripada ribuan penyokong yang memenuhi Velodrom Sir Chris Hoy sebagai tanda penghargaan terhadap kejayaan bersejarah itu.

Emas berkenaan hadir selepas Azizulhasni terlebih dahulu mengesahkan tempat ke final apabila menamatkan perlumbaan separuh akhir pertama di tempat kedua di belakang pelumba Australia, Tayte Ryan.

Bagaimanapun, hasrat Malaysia untuk mempunyai dua wakil di final tidak kesampaian apabila Muhammad Shah Firdaus Sahrom terkandas di separuh akhir kedua selepas menamatkan perlumbaan di tempat keempat.

Kejayaan kali ini menutup satu lagi episod pahit dalam karier Azizulhasni di temasya Komanwel.

Related Posts

Leeds belasah Newcastle 4-1

LEEDS United membelasah Newcastle United 4-1 di Elland Road awal pagi tadi untuk melonjak ke tangga ketiga Liga Perdana Inggeris, sekali gus menghadiahkan kekalahan pertama kepada pengurus baharu The Magpies,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Musketeers Football perkukuh ekosistem bola sepak akar umbi melalui inovasi

SANDAKAN – Musketeers Football memperluas pembangunan bola sepak akar umbi menerusi penerokaan produk, teknologi, pendidikan dan peluang kerjaya dalam industri sukan. Presidennya, Hardy Pudar berkata, penyertaan dalam SCENIC Sabah Creatixé…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Anwar tegaskan Malaysia tidak jadi laluan kargo sokong operasi ketenteraan Israel

Anwar tegaskan Malaysia tidak jadi laluan kargo sokong operasi ketenteraan Israel

AMK Miri tuntut UMNO bertanggungjawab, tidak normalisasi penghinaan agama

AMK Miri tuntut UMNO bertanggungjawab, tidak normalisasi penghinaan agama

Rakyat Malaysia di Yaman diminta kekal di lokasi selamat

Rakyat Malaysia di Yaman diminta kekal di lokasi selamat

Sebelah mata tidak melihat, impian Nurhadrieyana tetap terang

Sebelah mata tidak melihat, impian Nurhadrieyana tetap terang

Bil elektrik naik? TNB jelaskan mekanisme AFA dan faktor penggunaan

Bil elektrik naik? TNB jelaskan mekanisme AFA dan faktor penggunaan

Hari Malaysia medan muhasabah nasional, bina masyarakat matang

Hari Malaysia medan muhasabah nasional, bina masyarakat matang