‎Shafie hormati keputusan mahkamah, fail rayuan

KOTA KINABALU – Presiden Parti Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menghormati keputusan Mahkamah Sesyen yang mensabitkannya atas kesalahan menghina mahkamah berhubung kenyataannya berkaitan inkues kematian Zara Qairina Mahathir, dan menjatuhkan hukuman penjara lima minggu terhadapnya.

‎Dalam satu kenyataan dalam laman Facebooknya pada Rabu, Mohd Shafie berkata, peguamnya telah diarahkan untuk memfailkan rayuan terhadap keputusan tersebut dan menyerahkan perkara itu kepada proses perundangan.

‎”Hari ini Mahkamah telah membuat keputusan dalam prosiding penghinaan mahkamah terhadap saya.

‎”Saya menghormati keputusan Mahkamah dan telah mengarahkan peguam saya untuk memfailkan rayuan.

‎”Biarlah proses undang-undang berjalan mengikut lunasnya. Namun begitu, amanah rakyat kepada saya tetap tidak berubah,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau berkata, isu yang diperjuangkannya sejak awal bukan berkisar mengenai dirinya, sebaliknya mengenai pemergian seorang kanak-kanak yang telah menyentuh hati seluruh negara.

‎Shafie menjelaskan, sejak dari awal, perkara tersebut bukan mengenai dirinya tetapi ia mengenai pemergian seorang kanak-kanak yang telah menyentuh hati seluruh negara.

‎”Harapan saya, sejak awal lagi, hanyalah agar kebenaran dapat ditegakkan, keadilan dapat dilaksanakan dan keyakinan rakyat terhadap institusi negara terus diperkukuhkan,” ujarnya.

‎Beliau bagaimanapun berkata, tidak akan mengulas lanjut mengenai perkara itu memandangkan kes tersebut kini akan dibawa ke Mahkamah Rayuan.

‎”Saya akan terus melaksanakan amanah yang dipertanggungjawabkan kepada saya sebagai wakil rakyat dengan penuh integriti dan menghormati kedaulatan undang-undang.

‎”Komitmen saya untuk berkhidmat kepada rakyat serta mempertahankan prinsip kebenaran, keadilan dan akauntabiliti tetap tidak berubah,” tegasnya.

‎Prosiding komital terhadap Ahli Parlimen Semporna itu dimulakan susulan kenyataannya pada tahun lalu yang didakwa menyentuh merit inkues kematian Zara Qairina Mahathir yang ketika itu sedang berjalan di Mahkamah Koroner.

‎Beliau didakwa mengeluarkan kenyataan yang menyifatkan kematian remaja berkenaan sebagai pembunuhan serta mempertikaikan siasatan polis dan laporan pakar patologi forensik.

Sementara itu, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, Datuk Seri Kadzim M. Yahya ketika dihubungi berkata, hukuman penjara semata-mata tidak semestinya menjejaskan kedudukan seseorang sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).‎‎

“Kalau hukuman penjara, itu tidak memberi kesan, saya tidak pasti sama ada terdapat denda yang turut dikenakan oleh mahkamah.

‎‎”Jika ada denda tetapi jumlahnya di bawah RM2,000, kedudukan beliau tidak terjejas.‎‎

“Apa pun, memandangkan keputusan itu masih dalam proses rayuan, kedudukannya kekal status quo dan belum memberi sebarang kesan buat masa ini,” katanya pada Rabu.

Related Posts

Penggantungan SUK, Penasihat Undang-Undang: AMK Negeri Sembilan mahu penjelasan segera

ANGKATAN Muda Keadilan (AMK) Negeri Sembilan menggesa semua pihak menghormati Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959 serta proses perundangan berhubung keputusan penggantungan tugas Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), Datuk Mohd Zafir…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kontinjen Orang Asli tampil memeriahkan sambutan Maulidur Rasul Jengka

MARAN – Penampilan istimewa kontinjen Orang Asli mencuri tumpuan pada sambutan Maulidur Rasul Peringkat Jengka, yang berlangsung hari ini. Kontinjen seramai 20 orang berusia antara 14 hingga 43 itu adalah…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

MMKN tiada kuasa gantung tugas SUK, Penasihat Undang-Undang Negeri Sembilan – AGC

MMKN tiada kuasa gantung tugas SUK, Penasihat Undang-Undang Negeri Sembilan – AGC

Penggantungan SUK, Penasihat Undang-Undang: AMK Negeri Sembilan mahu penjelasan segera

Penggantungan SUK, Penasihat Undang-Undang: AMK Negeri Sembilan mahu penjelasan segera

MPNPHNS saran siasatan menyeluruh dakwaan usaha singkir Tuanku Muhriz

MPNPHNS saran siasatan menyeluruh dakwaan usaha singkir Tuanku Muhriz

Kecewa cara UMNO urus kemelut Tuanku Muhriz, ketua cawangan letak jawatan

Kecewa cara UMNO urus kemelut Tuanku Muhriz, ketua cawangan letak jawatan

Kontinjen Orang Asli tampil memeriahkan sambutan Maulidur Rasul Jengka

Kontinjen Orang Asli tampil memeriahkan sambutan Maulidur Rasul Jengka

China Eastern rancang tambah penerbangan Shanghai–Kota Kinabalu hingga tiga kali sehari

  • By Ezmie
  • September 22, 2026
China Eastern rancang tambah penerbangan Shanghai–Kota Kinabalu hingga tiga kali sehari