BN ‘sailang’ ketua kampung yang lama berkhidmat

KUALA PILAH – ‘Saya tidak melakukan sebarang kesalahan, jadi mengapa saya digugurkan?’. Itu persoalan yang dibangkitkan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Gemetir, Jalaluddin Ujang, berhubung isu pemilihan ketua kampung di kawasan berkenaan.

Beliau menyifatkan selepas penggabungan kerajaan Pakatan Harapan (PH)-Barisan Nasional (BN), pihak daripada BN yang mempunyai kuasa mendahulukan pemilihan ketua kampung itu daripada wakil parti mereka berbanding mereka yang telah lama berkhidmat.

Jalaluddin mendakwa beliau ‘disailang’ oleh individu lain yang dicadangkan sebagai wakil kampung sehingga kedudukannya sebagai penyandang terdahulu (telah dilantik semasa kerajaan PH1.0) terjejas.

Katanya, keputusan wakil BN berkenaan dibuat tanpa rundingan dengannya atau rakan-rakan lain daripada Pakatan Harapan (PH).

“Dalam bahasa kasar, saya kena ‘sailang’ oleh orang yang dicadangkan sebagai wakil kampung. Yang lama itu bersetuju tanpa berunding dengan saya atau rakan-rakan lain daripada PH.

“Apabila rakan-rakan yang tahu perkara ini membuat aduan kepada Menteri Besar (Datuk Seri Aminuddin Harun), Menteri Besar tidak bersetuju dan saya dapat semula jawatan lama,” katanya kepada The Malaysia Press (TMP) di sini.

Bagaimanapun, Jalaluddin berkata, apa yang dipersoalkannya ialah mengapa beliau seolah-olah perlu melalui proses lantikan baharu sedangkan sebelum itu beliau sudah menjalankan tugas berkenaan.

“Bukan saya melakukan kesalahan pun. Itu yang saya ingin katakan. Saya sudah buat yang terbaik untuk kampung saya,” katanya.

Beliau berkata, sepanjang berkhidmat sebagai MPKK dari 2018 hingga 2023, pelbagai projek berjaya dibawa masuk ke kampung berkenaan, termasuk projek MARRIS (Sistem Maklumat Rekod Jalan Raya Malaysia) serta projek G1 dan G2.

Katanya, rekod perkhidmatan itu masih diingati penduduk kampung sehingga kini.

“Orang kampung masih ingat apa yang kita buat dan bagaimana kita membantu mereka. Itu sahaja yang saya boleh maklumkan,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi JPKK Kuala Parit, Md Ali Mat, berkata proses pemilihan ketua kampung perlu mengambil kira kemampuan calon untuk menjalankan tugas serta kedudukannya yang dekat dengan masyarakat.

Katanya, kerajaan negeri wajar memastikan individu yang dilantik sebagai ketua kampung menetap di kawasan yang dipimpinnya bagi memudahkan urusan penduduk.

“Kalau mahu jadi ketua kampung, mesti orang itu duduk di kampung. Kalau ada perjumpaan pada waktu malam, kalau tinggal jauh, kadang-kadang hendak balik sampai pukul 2 atau 3 pagi.

“Kalau tinggal di kampung, lebih mudah untuk dia menjalankan tugas dan berjumpa dengan penduduk,” katanya.

Md Ali berkata, pemilihan ketua kampung juga tidak seharusnya hanya berdasarkan pembahagian politik, sebaliknya perlu mengutamakan individu yang mempunyai pengalaman, memahami masalah penduduk dan benar-benar mampu berkhidmat kepada masyarakat.

Jelasnya, penduduk kampung lebih mengetahui siapa yang benar-benar bekerja dan memberi khidmat kepada mereka, justeru perkara itu wajar diberi keutamaan dalam proses pelantikan ketua kampung.

Related Posts

PH masih raih undi popular, namun tewas akibat sistem FPTP – Dr Hafidzah

KOTA BHARU – Pakatan Harapan (PH) masih mendapat sokongan besar rakyat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan 2026 apabila merekodkan 40.2 peratus undi popular, namun gagal mempertahankan pentadbiran negeri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
30 calon PRN Negeri Sembilan hilang wang deposit

KUALA LUMPUR – Sebanyak 30 calon hilang wang deposit selepas gagal memperoleh sekurang-kurangnya satu perlapan daripada keseluruhan jumlah undi yang dikira, pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16. Bersatu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Proklamasi 19 April tidak sah, MB dan MMK tiada kuasa kosongkan jawatan YDPB – AGC

Proklamasi 19 April tidak sah, MB dan MMK tiada kuasa kosongkan jawatan YDPB – AGC

Hujan berterusan jejas kerja pembaikan, landasan KKIA masih ditutup

  • By Ezmie
  • September 17, 2026
Hujan berterusan jejas kerja pembaikan, landasan KKIA masih ditutup

Kerajaan perluas subsidi elektrik, lindungi penggunaan hingga 800 kWj – PM Anwar

Kerajaan perluas subsidi elektrik, lindungi penggunaan hingga 800 kWj – PM Anwar

Galeri Polis Sabah dibuka kepada awam

Galeri Polis Sabah dibuka kepada awam

Hari Malaysia wadah perbaharui kebersamaan rakyat

Hari Malaysia wadah perbaharui kebersamaan rakyat

Hanya berani cakap, tidak berani buat – AMK

Hanya berani cakap, tidak berani buat – AMK