Siak masjid di Sikamat syukur elaun bertambah, Aminuddin disifatkan pemimpin prihatin

SEREMBAN – Kenaikan elaun petugas masjid termasuk imam, bilal dan siak disifatkan sebagai langkah yang membantu meringankan beban golongan berkenaan, selain membuktikan keprihatinan kerajaan Negeri Sembilan terhadap kebajikan penggerak institusi Islam.

Siak Masjid Dato’ Klana Petra Lela Mohd Yusof di Sikamat, Reduan Tambichik, 50, berkata, dia bersyukur dengan peningkatan elaun yang diterima kerana ia banyak membantu menampung keperluan harian terutama ketika berdepan peningkatan kos sara hidup.

Memurutnya yang sudah menetap di Sikamat lebih 40 tahun, elaun yang sebelum ini diterima sekitar RM600 hingga RM700 meningkat kepada kira-kira RM1,100, sekali gus memberi kelegaan kepada petugas masjid.

“Alhamdulillah, saya bersyukur dengan kenaikan elaun ini. Bagi kami petugas masjid, ia sangat membantu terutama untuk perbelanjaan dapur, persekolahan anak-anak dan keperluan keluarga.

“Saya menghargai usaha kerajaan negeri di bawah pimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun, kerana mengambil berat kebajikan imam, bilal, siak dan petugas masjid,” katanya ketika ditemui The Malaysia Press (TMP) di sini, pada Rabu.

Reduan berkata, peluang berkhidmat di Masjid Dato’ Klana Petra Lela Mohd Yusof amat disyukuri kerana faktor kesihatan menyebabkan beliau mungkin berdepan kesukaran sekiranya bekerja di tempat lain.

Katanya, masjid bukan sahaja menjadi tempat ibadah, malah memainkan peranan penting sebagai pusat kemasyarakatan yang membantu penduduk setempat termasuk golongan kurang berkemampuan.

“Di sini banyak bantuan diberikan kepada masyarakat. Ada bantuan untuk golongan miskin, program untuk kanak-kanak dan pelbagai aktiviti kemasyarakatan.

“Masjid sentiasa terbuka kepada masyarakat dan hubungan dengan komuniti juga sangat rapat,” katanya.

Mengulas mengenai kepimpinan Aminuddin, Reduan menyifatkan Menteri Besar itu sebagai seorang pemimpin yang dekat dengan rakyat, mudah didekati dan prihatin terhadap masalah masyarakat.

Dia yang juga pengundi DUN Sikamat berkata, Aminuddin sering turun padang bertemu rakyat serta mengambil tahu keadaan komuniti setempat.

“Pada pandangan saya, beliau seorang pemimpin yang baik. Beliau turun melihat sendiri keadaan masyarakat dan membantu apabila diperlukan.

“Saya tidak pernah mendengar perkara negatif mengenai beliau. Apa yang saya lihat, beliau banyak membantu masyarakat,” katanya.

Dia turut mendoakan agar Aminuddin terus diberi kesihatan yang baik dan kekuatan untuk meneruskan tanggungjawab memimpin Negeri Sembilan.

“Saya doakan beliau dipermudahkan urusan, dipanjangkan umur dan terus dapat membantu rakyat,” katanya.

Related Posts

PH masih raih undi popular, namun tewas akibat sistem FPTP – Dr Hafidzah

KOTA BHARU – Pakatan Harapan (PH) masih mendapat sokongan besar rakyat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan 2026 apabila merekodkan 40.2 peratus undi popular, namun gagal mempertahankan pentadbiran negeri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
30 calon PRN Negeri Sembilan hilang wang deposit

KUALA LUMPUR – Sebanyak 30 calon hilang wang deposit selepas gagal memperoleh sekurang-kurangnya satu perlapan daripada keseluruhan jumlah undi yang dikira, pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16. Bersatu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sebelah mata tidak melihat, impian Nurhadrieyana tetap terang

Sebelah mata tidak melihat, impian Nurhadrieyana tetap terang

Bil elektrik naik? TNB jelaskan mekanisme AFA dan faktor penggunaan

Bil elektrik naik? TNB jelaskan mekanisme AFA dan faktor penggunaan

Hari Malaysia medan muhasabah nasional, bina masyarakat matang

Hari Malaysia medan muhasabah nasional, bina masyarakat matang

Jika benar-benar kuat, UMNO perlu bertanding solo di Melaka – Tajuddin

Jika benar-benar kuat, UMNO perlu bertanding solo di Melaka – Tajuddin

Malaysia-Maldives perluas kerjasama pertahanan, hal ehwal Islam – PM

Malaysia-Maldives perluas kerjasama pertahanan, hal ehwal Islam – PM

Malaysia beri lampu hijau prinsip kemudahan AS$100 juta untuk Maldives – PM

Malaysia beri lampu hijau prinsip kemudahan AS$100 juta untuk Maldives – PM