113 pelarian dipindah ke Kuala Lumpur, Selangor dan Pulau Pinang selepas proses dokumentasi

KUALA LUMPUR – Seramai 113 pelarian yang sebelum ini ditempatkan sementara di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur telah dipindahkan ke beberapa lokasi di Kuala Lumpur, Selangor dan Pulau Pinang selepas selesai proses dokumentasi.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, kumpulan itu terdiri daripada 109 pelarian Rohingya, seorang warga Indonesia, seorang pelarian Iraq dan seorang pelarian Somalia.

Menurutnya, proses dokumentasi dijalankan di IPK Kuala Lumpur bermula jam 12.01 tengah malam hingga 4.30 petang pada Selasa.

“Daripada keseluruhan pelarian itu, seramai 66 orang ditempatkan di Kuala Lumpur, 29 di Selangor dan 18 lagi di Pulau Pinang.

“Majoriti mereka menggunakan perkhidmatan e-hailing untuk ke destinasi masing-masing, manakala lokasi penempatan dipilih berdasarkan ahli keluarga atau kenalan yang sedia ada,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Fadil berkata, sepanjang proses dokumentasi berlangsung, tujuh wakil Malaysian Relief Agency (MRA) turut hadir bagi menyalurkan bantuan makanan serta menjalankan pemeriksaan kesihatan terhadap semua pelarian terbabit.

Sebelum ini, media melaporkan sekumpulan pelarian Rohingya berhimpun di hadapan Pejabat Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) di Kuala Lumpur selepas mendakwa diusir penduduk dari sebuah penempatan di Pulau Pinang.

Related Posts

Dedah laporan RCI Tabung Haji peluang pulih keyakinan pencarum

PUTRAJAYA – Keputusan kerajaan untuk mendedahkan laporan Siasatan Suruhanjaya Diraja (RCI) mengenai Tabung Haji (TH) adalah langkah positif dan peluang berharga untuk memperkukuh kedudukan institusi kewangan Islam itu yang membantu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

‘Saya jadi sasaran fitnah cuba ganggu sistem adat dan institusi diraja’ – Anthony

‘Saya jadi sasaran fitnah cuba ganggu sistem adat dan institusi diraja’ – Anthony

Tidak benar peruntukan Orang Asli dihentikan jika PH menang

Tidak benar peruntukan Orang Asli dihentikan jika PH menang

Dedah laporan RCI Tabung Haji peluang pulih keyakinan pencarum

Dedah laporan RCI Tabung Haji peluang pulih keyakinan pencarum

Tabung Haji rugi RM10 bilion, siasatan menyeluruh dilaksana

Tabung Haji rugi RM10 bilion, siasatan menyeluruh dilaksana

Anthony tidak pernah bantah agenda Islam, Melayu – PM

Anthony tidak pernah bantah agenda Islam, Melayu – PM

Harga RON97, RON95 dan diesel tanpa subsidi naik 20 sen, mulai 30 Julai hingga 5 Ogos

Harga RON97, RON95 dan diesel tanpa subsidi naik 20 sen, mulai 30 Julai hingga 5 Ogos