Sistem penetapan gaji negara perlu ditambah baik seiring peningkatan produktiviti – BNM

KUALA LUMPUR – Bank Negara Malaysia (BNM) berpandangan sistem penetapan gaji negara perlu ditambah baik bagi memastikan pertumbuhan upah bergerak seiring dengan peningkatan produktiviti dan kemakmuran ekonomi.

Timbalan Gabenor BNM, Datuk Marzunisham Omar berkata, pembaharuan itu perlu memberi tumpuan kepada mekanisme pelarasan gaji supaya kenaikan gaji minimum turut memberi kesan kepada pekerja dalam kumpulan pendapatan lebih tinggi.

“Apabila gaji minimum dinaikkan, peningkatan itu tidak mengalir kepada kumpulan berpendapatan lebih tinggi. Kita melihat gaji permulaan profesional kekal hampir dengan paras gaji minimum,” katanya pada sesi pleno Simposium Sasana BNM 2026 (SS2026) di sini, pada Selasa.

Beliau berkata, Malaysia juga masih berdepan kekurangan pekerjaan berkemahiran tinggi apabila kadar guna tenaga tidak penuh bagi pekerja berkemahiran tinggi kekal sekitar 35 hingga 36 peratus.

Katanya, keadaan itu menunjukkan ramai graduan bekerja dalam bidang yang tidak sepadan dengan kelayakan mereka.

Sehubungan itu, Marzunisham berkata, negara perlu memperbanyakkan pekerjaan berkemahiran tinggi melalui pelaburan berkualiti, selain memperkukuh Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), pendidikan STEM serta program peningkatan dan latihan semula kemahiran.

Beliau berkata, pelaksanaan inisiatif seperti gaji sara hidup, gaji progresif dan gaji berasaskan produktiviti merupakan antara langkah yang sedang diambil bagi menangani isu tersebut.

“Matlamat akhirnya ialah memastikan rakyat menikmati pekerjaan berkualiti, pendapatan yang munasabah dan taraf hidup yang lebih baik,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata, kadar gaji di Malaysia perlu meningkat selari dengan pertumbuhan produktiviti negara.

Menurutnya, walaupun ekonomi berkembang kukuh dengan kadar inflasi dan pengangguran yang rendah, masih ramai rakyat tidak merasai manfaat pertumbuhan tersebut kerana pendapatan mereka tidak meningkat seiring.

Beliau turut memuji pelaksanaan inisiatif gaji sara hidup oleh syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC), selain mengakui pelaksanaan gaji minimum RM1,700 memberi cabaran kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

Katanya, peningkatan produktiviti kekal menjadi kunci utama bagi memastikan pertumbuhan ekonomi dapat diterjemahkan kepada kenaikan gaji yang lebih mampan.

Related Posts

Keputusan asas penambahan kerusi Parlimen Sabah dan Sarawak dicapai, perincian diserah kepada SPR

KUCHING – Keputusan dasar berhubung tuntutan penambahan kerusi Parlimen bagi Sabah dan Sarawak telah dipersetujui di peringkat kepemimpinan tertinggi negara, dan proses selanjutnya kini diserahkan sepenuhnya kepada Suruhanjaya Pilihan Raya…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Acara kemuncak Hari Malaysia di BCCK janjikan kelainan, pengunjung dinasihat pakai pelitup muka

KUCHING – Sambutan Hari Malaysia ke-63 Peringkat Kebangsaan yang dijadualkan berlangsung di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) pada malam 16 September ini bakal menjanjikan pelbagai pengisian istimewa buat pengunjung. Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lembaga Pengampunan: Pas perlu faham peraturan, bukan keruhkan keadaan – PM Anwar

Lembaga Pengampunan: Pas perlu faham peraturan, bukan keruhkan keadaan – PM Anwar

Prosiding Lembaga Pengampunan sulit, tak wajar dipersoalkan – Tajuddin

Prosiding Lembaga Pengampunan sulit, tak wajar dipersoalkan – Tajuddin

PM Anwar tegas pilih kestabilan, bukan polemik politik

PM Anwar tegas pilih kestabilan, bukan polemik politik

BRICS wadah perjuang sistem antarabangsa lebih adil – PM Anwar

BRICS wadah perjuang sistem antarabangsa lebih adil – PM Anwar

Sambutan Hari Malaysia 2026: Fahmi jamin capaian internet optimum untuk media

Sambutan Hari Malaysia 2026: Fahmi jamin capaian internet optimum untuk media

Malaysia-Keralam bincang peluang tingkat perdagangan, pelaburan

Malaysia-Keralam bincang peluang tingkat perdagangan, pelaburan